Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pemimpin S'pura utus kawat takziah kepada balu John McCain

Beberapa pemimpin Singapura termasuk Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengutuskan kawat takziah kepada Cindy McCain, balu mendiang senator Amerika Syarikat John McCain.

Anggaran Waktu Membaca:
Pemimpin S'pura utus kawat takziah kepada balu John McCain

Senator John McCain bersama isterinya Cindy McCain (tengah) (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 27 Aug 2018 11:19AM Dikemas Kini : 27 Aug 2018 11:25AM

SINGAPURA: Beberapa pemimpin Singapura termasuk Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengutuskan kawat takziah kepada Cindy McCain, balu mendiang senator Amerika Syarikat John McCain.

McCain meninggal dunia pada Sabtu (25 Ogos) pada usia 81 tahun akibat barah otak.

Dalam surat bertarikh 26 Ogos yang ditujukan kepada Cik McCain, PM Lee berkata beliau dan isteri "sangat sedih" atas pemergian Encik McCain, sambil menambah bahawa senator itu adalah "wira sebenar".

"Kekuatannya semasa menghadapi cabaran, ketabahan moral dan semangat patriotik yang kental sebagai khidmat kepada negaranya menjadi teladan kepada kita semua," tulis PM Lee.

"Beliau juga adalah sahabat karib Singapura, kerap mengunjungi negara ini sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini, dan merupakan penyokong kuat kehadiran berterusan Amerika Syarikat di Asia Pasifik."

Encik Lee turut mengimbas pertemuan beliau dengan Encik McCain, sambil menambah bahawa beliau akan mengingati nasihat dan "kebijaksanaan" mendiang.

"Senator McCain telah meninggalkan warisan yang tidak mungkin dilupakan, dan akan sentiasa dikenang sebagai seorang tokoh yang berpegang teguh pada prinsip. Pemergian mendiang adalah satu kehilangan besar bagi kita semua," kata PM Lee.

Secara berasingan, Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean turut menulis kepada Cik McCain bagi menyampaikan takziahnya.

"Saya meraih banyak manfaat daripada perbualan saya dengan John selama dua dekad," kata Encik Teo dalam suratnya.

"Saya akan sentiasa mengingati komitmen dan tanggungjawab beliau terhadap negaranya, serta ketokohannya dalam memperjuangkan apa yang disifatkan beliau adalah sesuatu yang benar dan wajar.


"Seperti semangat dan tekadnya yang tidak mudah lentur, John terus berjuang sehingga ke akhir hayatnya."

Menteri Ehwal Luar Vivian Balakrishnan juga mengambil kesempatan untuk menulis kepada Cik McCain, sambil menambah bahawa beliau "sangat sedih" atas pemergian suaminya.

Dr Balakrishnan menyifatkan Encik McCain sebagai "sahabat karib Singapura" dan memuji "diplomasi beliau yang tidak mengenal erti penat, keyakinan yang tiada tolok bandingnya dan khidmat cemerlang kepada negaranya".

Beliau turut menyifatkan mendiang McCain sebagai "inspirasi yang sangat teguh".

"Dengan pemergiannya, Amerika Syarikat kehilangan seorang patriot yang benar-benar hebat dan seorang negarawan. Beliau akan sentiasa dikenang, "kata Dr Balakrishnan dalam suratnya.

Awal sebelum itu, Dr Balakrishnan juga memberi penghormatan kepada mendiang menerusi catatan di Facebook di mana beliau menyifatkan mendiang senator itu sebagai "seorang tokoh yang hebat".

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan