Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pemimpin S'pura ucap takziah kepada rakan sejawatan di Indonesia susuli nahas Sriwijaya Air

Para pemimpin Singapura menyampaikan ucapan takziah kepada rakan-rakan sejawatan mereka di Indonesia atas insiden pesawat Sriwijaya Air yang terhempas pada Sabtu (8 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 11 Jan 2021 06:01PM Dikemas Kini : 12 Jan 2021 12:26AM

SINGAPURA: Para pemimpin Singapura menyampaikan ucapan takziah kepada rakan-rakan sejawatan mereka di Indonesia atas insiden pesawat Sriwijaya Air yang terhempas pada Sabtu (8 Jan).

Demikian menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA).

Presiden Halimah Yacob mengirimkan perutusan kepada Presiden Joko Widodo, menyatakan beliau "amat berduka cita" setelah mendengar berita pesawat SJ182 itu terhempas.

"Bagi pihak rakyat Singapura, saya melahirkan rasa simpati yang mendalam kepada rakyat Indonesia pada masa sedih ini," kata Presiden Halimah.

Dalam suratnya kepada Presiden Joko Widodo, Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata: "Ucapan takziah dan ingatan kami bersama rakyat Indonesia pada masa sukar ini. Singapura bersedia menghulurkan bantuan dalam operasi mencari dan menyelamat jika diperlukan oleh Indonesia."

Menteri Ehwal Luar Vivian Balakarishnan juga menulis kepada rakan sejawatannya, Retno Marsudi.

"Jangan teragak-agak untuk memberitahu saya jika kami boleh menghulurkan bantuan," kata Encik Balakrishnan.

Semalam (10 Jan), MFA menyatakan tiada rakyat Singapura yang dilaporkan berada dalam pesawat, yang membawa 62 penumpang termasuk 10 kanak-kanak.

Para penyelam tentera laut Indonesia hari ini mendedahkan mereka sudah semakin hampir berada di tempat di mana kotak hitam Sriwijaya Air SJ182 dikesan semalam.

Penemuan rakaman suara di kokpit dan data penerbangan itu sangat penting sebagai petunjuk bagi merumuskan punca pesawat Boeing 737-500 itu menjunam dari ketinggian sekitar 10,000 kaki dalam masa kurang seminit sebelum terhempas di Laut Jawa.

Pesawat itu sedang dalam penerbangan domestik ke Pontianak di pulau Borneo, sekitar 740 kilometer dari Jakarta sebelum ia hilang dari imbasan radar.

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan