Images
  • oman sultan qaboos painting
    Sebuah lukisan Sultan Oman, Allahyarham Sultan Qaboos yang meninggal dunia pada 10 Januari 2020 (Gambar: Reuters/Christopher Pike)

Pemimpin S'pura ucap takziah atas kematian Sultan Qaboos

SINGAPURA: Para pemimpin Singapura mengutus ucap takziah atas kematian Sultan Oman, Qaboos bin Said al-Said.

Allahyarham Sultan Qaboos meninggal dunia Jumaat lalu (10 Jan) pada usia 79 tahun.

Dalam surat takziahnya, Presiden Halimah Yacob berkata pandangan jauh serta kepimpinan kukuh Sultan Qaboos menyumbang kepada kemakmuran, keamanan dan kemajuan Oman yang luar biasa.

Presiden Halimah juga menyifatkan Sultan Qaboos sebagai seorang tokoh keamanan yang dapat dilihat menerusi dasar luar Oman yang bersahabat dengan semua pihak.

Perdana Menteri Lee Hsien Loong pula menulis bahawa Sultan Qaboos merupakan seorang negarawan yang dihormati dan pandangannya dihargai oleh para pemimpin dunia yang lain.

PM Lee juga menambah bahawa ketika rantau di sekitar Oman bergejolak, Sultan Qaboos menonjol dengan kebijaksanaannya.

Menteri Luar Dr Vivian Balakrishnan pula berkata Sultan Qaboos membantu meletakkan asas yang kukuh bagi hubungan dua hala antara Singapura dengan Oman.

Beliau menambah kemurahan hati serta warisan Sultan Qaboos akan sentiasa dikenang.

Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Masagos Zulkifli ke ibu kota Muscat hari ini (13 Jan) bagi menyampaikan ucap takziah bagi pihak pemerintah Singapura. 

- CNA/NF/tq

Top