Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pemimpin Myanmar selar tuduhan penghapusan kaum Rohingya

Para pemimpin Myanmar mengutuk satu laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menuduh mereka bertanggungjawab berhubung tindakan penghapusan kaum terhadap kaum Rohingya negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Pemimpin Myanmar selar tuduhan penghapusan kaum Rohingya

Pelarian Rohingya adakan tunjuk perasaan pada 16 Jun (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 28 Aug 2018 06:18PM Dikemas Kini : 28 Aug 2018 06:22PM

MYANMAR: Para pemimpin Myanmar mengutuk satu laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menuduh mereka bertanggungjawab berhubung tindakan penghapusan kaum terhadap kaum Rohingya negara itu.

Dalam laporannya semalam (27 Ogos), pasukan PBB yang menyiasat pencabulan hak asasi manusia di Myanmar menuduh enam jeneral tentera mendalangi pembunuhan beramai-ramai, pemerkosaan dan penderaan orang-orang Rohingya di wilayah Rakhine.

Pasukan itu mahu enam jeneral berkenaan termasuk Ketua Panglima Angkatan Bersenjata, Jeneral Kanan Min Aung Hlaing dihadapkan ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa.

Selain itu laporan tersebut membidas pemimpin awam Myanmar yang juga pemenang Hadiah Nobel Keamanan Aung San Suu Kyi kerana gagal menghentikan keganasan yang dilakukan pihak tentera.

Sekitar setahun lalu kira-kira 700,000 penduduk Rohingya melarikan diri dari wilayah Rakhine ke Bangladesh bagi mengelakkan tindakan kekerasan tentera Myanmar.

Menyusuli laporan pasukan PBB itu, syarikat Facebook sudah mengharamkan 20 pegawai tentera Myanmar daripada menggunakan wadah-wadah media sosial syarikat itu.

Facebook mengambil tindakan itu bagi mencegah mereka daripada menggunakan wadah-wadah tersebut untuk menyebarkan "kebencian dan maklumat salah".

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : Agensi berita/MU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan