Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pemimpin G7 komited lakar pelan baru cegah pandemik masa depan

Selain pandemik COVID-19, isu-isu dasar luar negara dan perubahan iklim juga menjadi tumpuan sidang puncak G7 di Britain.

Anggaran Waktu Membaca:
Pemimpin G7 komited lakar pelan baru cegah pandemik masa depan

Menteri kewangan anggota G7 bersidang di Lancaster House di London, pada 5 Jun 2021. (Gambar: Henry Nicholls/Pool Photo via AP)

Diterbitkan : 12 Jun 2021 06:24PM Dikemas Kini : 12 Jun 2021 06:25PM

BRITAIN: Para pemimpin anggota kumpulan G7 komited untuk melakarkan satu pelan baru, yang bertujuan mencegah berlakunya pandemik pada masa hadapan.

Mereka dijangka mengeluarkan satu perisytiharan, yang menentukan langkah-langkah bagi mencapai matlamat tersebut.

Sasarannya adalah untuk mengurangkan masa yang diperlukan untuk menghasilkan vaksin kepada kurang 100 hari sahaja.

Menurut para pakar, tempoh singkat itu penting bagi memastikan sesuatu virus baru tidak boleh menular.

Para pemimpin G7 turut disertai para pemimpin Australia, Afrika Selatan, Korea Selatan dan India.

Selain pandemik COVID-19, isu-isu dasar luar negara dan perubahan iklim juga menjadi tumpuan sidang puncak G7 di Britain. 

Sumber : CNA/AI/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan