Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pemilik premis jual kereta gigit jari selepas RM600,000, 3 kereta lesap

 Tiga pacuan empat roda di sebuah pusat pameran kenderaan di Sungai Jelok, Kajang, lesap dipercayai dilarikan sekumpulan lelaki, awal pagi semalam (9 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Pemilik premis jual kereta gigit jari selepas RM600,000, 3 kereta lesap

Gambar fail kereta polis Malaysia. (Gambar: MANAN VATSYAYANA/AFP)

Diterbitkan : 10 Oct 2019 09:20AM Dikemas Kini : 10 Oct 2019 09:22AM

KUALA LUMPUR: Tiga pacuan empat roda di sebuah pusat pameran kenderaan di Sungai Jelok, Kajang, lesap dipercayai dilarikan sekumpulan lelaki, awal pagi semalam (9 Okt).

Suspek yang dipercayai terdiri daripada lima lelaki itu disyaki memecah masuk ke premis berkenaan kira-kira pukul 4.00 pagi sebelum membawa lari tiga kenderaan Ford Ranger Raptor.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata menurut saksi kejadian, seorang lelaki warga Pakistan, 47 tahun, yang merupakan pengawal keselamatan premis berkenaan, menyatakan suspek menceroboh premis itu menggunakan senjata parang.

“Suspek yang bersenjatakan parang juga bertindak mengikat pengawal keselamatan itu sebelum melarikan kenderaan tersebut.

“Nilai kerugian dalam kejadian berkenaan dianggarkan lebih kurang RM600,000 (S$197,000) dan kes disiasat mengikut Kanun Keseksaan kerana samun bersenjata,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata polis kini giat mengesan kesemua suspek terbabit dan meminta orang ramai tampil ke balai polis berdekatan sekiranya mempunyai maklumat berhubung kejadian tersebut.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan