Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Pemilik hotel Turki adakan 'glamping' teroka peluang baru di tengah-tengah pandemik

Para pemilik hotel di Turki kini beralih ke konsep percutian yang baru setelah terjejas teruk oleh COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Pemilik hotel Turki adakan 'glamping' teroka peluang baru di tengah-tengah pandemik

Pemilik hotel Turki adakan 'glamping' teroka peluang baru di tengah-tengah pandemik. (Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 21 Feb 2021 06:25PM Dikemas Kini : 21 Feb 2021 11:16PM

TURKI: Para pemilik hotel di Turki kini beralih ke konsep percutian yang baru setelah terjejas teruk oleh COVID-19.

Diilhamkan dari konsep serupa di Thailand, hotel-hotel ala khemah itu menawarkan lima khemah berbentuk kubah yang dibangunkan di sebuah kawasan hutan yang kecil.

Sejajar dengan protokol kesihatan, hanya dua orang sahaja dibenarkan tinggal di dalam bilik yang dilengkapi dengan semua keperluan asas seperti di sebuah hotel termasuk khidmat penghantaran makanan dalam bilik.

Mereka yang menginap di sana juga berpeluang menikmati pengalaman 'glamping' serta pemandangan semula jadi dari dalam khemah sambil melihat salji yang menyelubungi kawasan hutan.

Sambutan hotel-hotel khemah itu menggalakkan sehingga ada pelanggan yang perlu menunggu lebih dua bulan untuk membuat tempahan.

Dengan COVID-19 dijangka terus menular di Turki, lebih banyak pemilik hotel kini meneroka peluang-peluang perniagaan baru seperti itu.

Sumber : Agensi berita/SY/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan