Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pemilik butik pengantin Johor mohon maaf sesi fotografi di kawasan perkuburan

Seorang pemilik butik pengantin memohon maaf kerana mengadakan sesi fotografi di kawasan perkuburan yang mengundang kritikan orang ramai di media sosial.

Anggaran Waktu Membaca:
Pemilik butik pengantin Johor mohon maaf sesi fotografi di kawasan perkuburan

(Gambar: Media Sosial menerusi Malay Mail)

Diterbitkan : 07 Nov 2019 09:50AM Dikemas Kini : 07 Nov 2019 10:12AM

PETALING JAYA: Seorang pemilik butik pengantin memohon maaf kerana mengadakan sesi fotografi di kawasan perkuburan yang mengundang kritikan orang ramai di media sosial.

"Saya mengakui kesilapan saya dan memohon maaf kepada mereka yang tersinggung," kata Cik Nur Amirah Mohd Amiruddin kepada Harian Metro.

Cik Amirah dikecam pengguna media sosial berikutan tindakan beliau mengadakan sesi fotografi bersama sekumpulan peragawati berpakaian pengantin di kawasan perkuburan bukan Islam dan memuatnaik gambar-gambar itu di Facebook.

Gambar-gambar itu menjadi tular dan mencetus kemarahan orang awam yang mengatakan konsep sesi fotografi itu tidak bersifat sensitif.

Cik Amirah memberitahu Harian Metro gambar-gambar itu diambil pada Ahad lalu (3 Nov) di tanah perkuburan orang Kristian di Batu Pahat, Johor.

Menurutnya, gambar-gambar itu adalah untuk koleksi peribadinya yang dikongsi di Facebook namun beliau menjelaskan bahawa beliau tidak mencari publisiti.

"Saya yang menjadi jurugambar untuk sesi fotografi berkenaan dan wanita dalam gambar itu adalah model, bukannya pengantin.

"Saya pilih lokasi itu kerana mahu mencari kelainan dan mahu lari daripada kebiasaan dengan mengambil inspirasi daripada luar negara.

"Tujuan saya memuat naik gambar berkenaan di FB adalah untuk suka-suka dan tiada niat langsung mempermainkan mana-mana agama," katanya ketika dihubungi Harian Metro pada Selasa (5 Nov).

Beliau yang berasal daripada Kluang turut menafikan mengambil gambar itu bagi tujuan pemasaran untuk mempromosikan perniagaannya.

Beliau sudahpun menyahaktifkan akaun Facebooknya bagi meredakan keadaan.

"Ingin saya jelaskan, gambar berkenaan bukan diambil untuk tujuan pemasaran dan saya tidak akan menggunakan cara sebegini kerana tindakan itu ibarat membunuh diri sendiri.

"Apa pun, saya terima kritikan warganet dengan hati yang terbuka kerana mengakui kesilapan berpunca daripada dirinya sendiri dan tolong jangan salahkan model itu," katanya.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan