Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pemerintah Yaman, pemberontak Houthi saling tuduh-menuduh semasa rundingan damai PBB

Pemerintah Yaman yang disokong Arab Saudi dan pihak pemberontak Houthi yang disokong Iran, saling tuduh-menuduh antara satu sama lain pada hari pertama rundingan damai di Sweden.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 07 Dec 2018 08:04PM Dikemas Kini : 07 Dec 2018 09:32PM

RIMBO, SWEDEN: Pemerintah Yaman yang disokong Arab Saudi dan pihak pemberontak Houthi yang disokong Iran, saling tuduh-menuduh antara satu sama lain pada hari pertama rundingan damai di Sweden.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mengaturkan rundingan itu menyifatkannya sebagai sukar tetapi amat penting.

Rundingan itu merupakan percubaan pertama dalam masa dua tahun bagi menamatkan perang di Yaman yang berlarutan selama hampir empat tahun.

Sekurang-kurangnya 10,000 orang terkorban dan 14 juta lagi penduduk Yaman berisiko mengalami kebuluran akibat perang saudara itu. PBB menyifatkannya sebagai krisis kemanusiaan terburuk di dunia.

Agenda utama rundingan itu adalah mengenai soal penguasaan pelabuhan Hodeida. Terletak di pantai Laut Merah, Hodeida merupakan kubu kuat terakhir pihak pemberontak Houthi dan tempat pemunggahan bagi 90 peratus makanan yang diimport Yaman.

Perikatan tentera pimpinan Arab Saudi sudah berbulan-bulan melancarkan serangan untuk menawan semula Hodeida.

Arab Saudi dan sekutu-sekutunya menuduh pemberontak Houthi menyeludup senjata dari Iran menerusi Hodeida.

Sumber : AFP/MU/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan