Pemergian tokoh agama Nahdatul Ulama "kehilangan bagi Indonesia", kata Joko Widodo, Ma'ruf Amin
Para pemimpin Indonesia menyifatkan pemergian tokoh utama Nahdatul Ulama, Allahyarham Maimum Zubair, sebagai satu "kehilangan" bagi negara itu.
INDONESIA: Para pemimpin Indonesia menyifatkan pemergian tokoh besar Nahdatul Ulama, Allahyarham Maimun Zubair, sebagai satu "kehilangan" bagi negara itu.
Presiden Indonesia, Joko Widodo, menerusi catatan di laman Facebook beliau berkongsi pertemuannya sebelum ini dengan tokoh agama itu.
"Sudah dua kali saya berkunjung ke kediaman beliau di Pondok Pesantren Al-Anwar di Sarang, dua kali pula saya diajak masuk ke kamar beliau. Terakhir, kami solat Maghrib berjemaah di kamar itu. Beliau yang jadi imamnya," kata beliau.
Mbah Moen meninggal dunia semalam (6 Ogos) di Makkah.
Tokoh agama bagi pertubuhan Muslim terbesar di Indonesia itu, diundang oleh kerajaan Arab Saudi untuk menunaikan ibadah haji tahun ini, menurut laporan laman Antara News.
Presiden Joko Widodo bersama Allahyarham Mbah Moen semasa hayatnya. (Gambar: Joko Widodo/Facebook)
Encik Jokowi menambah, pemergian Allahyarham bukan setakat satu kehilangan bagi dirinya sahaja, tetapi juga bagi umat Islam dan seluruh rakyat negara itu.
"Semasa hidupnya yang panjang, Mbah Moen begitu karismatik, selalu jadi rujukan bagi umat Islam terutama dalam soal-soal fikih," tambah beliau.
Naib Presiden Indonesia, Prof Ma'ruf Amin turut melahirkan rasa dukacita atas pemergian Allahyarham Maimun Zubair yang juga dikenali sebagai Mbah Moen.
"Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un, kita kehilangan lagi seorang tokoh dan guru bangsa," kata Prof Ma'ruf menerusi laman Twitter.
"Beliau merupakan seorang alim, faqih, yang menjadi rujukan para ulama," tambah Prof Ma'ruf seperti yang dipetik laman Antara News.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.