Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pemegang visa pelancong boleh kerjakan ibadah Umrah

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengesahkan bahawa warga asing yang mengunjungi negara itu melalui visa pelancongan boleh melakukan ibadah Umrah setelah mendapatkan permit Umrah melalui aplikasi Eatmarna dan Tawakkalna.

Anggaran Waktu Membaca:
Pemegang visa pelancong boleh kerjakan ibadah Umrah

(Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 10 Sep 2021 10:31AM Dikemas Kini : 10 Sep 2021 10:37AM

RIYADH: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengesahkan bahawa warga asing yang mengunjungi negara itu melalui visa pelancongan boleh melakukan ibadah Umrah setelah mendapatkan permit Umrah melalui aplikasi Eatmarna dan Tawakkalna.

Kementerian itu menyatakan para pemegang visa lawatan juga boleh mendapatkan permit Umrah dengan melakukan proses pendaftaran menerusi aplikasi Eatmarna.

"Pembukaan akaun di Eatmarna hanya boleh dilakukan selepas individu itu mengemas kini status kesihatan imun mereka pada aplikasi Tawakkalna.

"Hanya mereka yang mempunyai sudah mengambil dua dos vaksin koronavirus atau selesai 14 hari selepas mengambil dos pertama vaksin atau pulih daripada jangkitan koronavirus layak untuk mendapatkan visa Umrah," menurut kementerian tersebut.

Sekitar 500 syarikat dan pertubuhan Umrah dan lebih 6,000 ejen asing Umrah sudah mula menerima jemaah umrah warga asing yang sudah divaksin berkuat kuasa 9 Ogos.

Mereka yang berminat boleh menempah pakej-pakej Umrah dan membuat bayaran melalui sekitar 30 laman dan wadah elektronik yang disediakan di seluruh dunia untuk membuat tempahan.

Kementerian Haji dan Umrah tersebut baru-baru ini mengumumkan rancangan untuk melancarkan satu mekanisme baru untuk mengeluarkan visa Umrah sekali sahaja menerusi online.

Kementerian itu juga mengesahkan kesediaannya untuk menerima seramai mungkin jemaah Umrah mengikut kuota yang dipersetujui dengan beberapa negara-negara Islam sebelum penularan pandemik koronavirus.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan