Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pemecatan Haziq daripada PKR dianggap wajar dan adil

Pemecatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz, daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah satu tindakan yang wajar dan adil, kata Ketua Penerangan PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Anggaran Waktu Membaca:
Pemecatan Haziq daripada PKR dianggap wajar dan adil

Petikan skrin dari video Facebook Haziq Aziz.

Diterbitkan : 05 Jul 2019 01:50PM Dikemas Kini : 05 Jul 2019 01:54PM

KOTA BHARU: Pemecatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz, daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah satu tindakan yang wajar dan adil, kata Ketua Penerangan PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Encik Shamsul Iskandar berkata asas pemecatan Haziq adalah jelas apabila disahkan membuat tuduhan tidak berasas terhadap pimpinan parti berhubung salah laku rasuah, selain tuduhan berhubung sebuah video intim.

"Tuduhan itu tiada kaitan langsung dengan pimpinan parti dan apa yang dilemparkan adalah tuduhan yang tidak berasas. Ini sudah jadi satu asas kuat untuk parti mengambil tindakan.

"Prinsip kita, isu berkaitan parti harus dirungkai melalui kaedah dalaman. Jadi, tiada sebarang asas yang kuat lagi untuk beliau pertahankan. Saya juga percaya proses keadilan telah diberikan kepada beliau," katanya.

Dua hari lalu, PKR membuat keputusan untuk memecat Haziq Abdullah daripada parti itu berkuat kuasa serta-merta atas kesalahan melanggar kod tataetika parti.

Presiden PKR, Anwar Ibrahim, berkata Biro Politik parti yang diketuainya membuat keputusan itu selepas menerima syor yang dibentangkan Lembaga Disiplin parti dan bahawa surat pemecatan itu akan dikeluarkan segera.

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan