Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pembunuhan stesen minyak Johor Bahru: Nombor plat kereta palsu, 4 diburu

Polis kini masih memburu empat suspek yang dipercayai terlibat dalam pembunuhan yang berlaku di sebuah stesen minyak di Taman Pelangi, Johor Bahru semalam (17 Dis), menurut laporan Astro Awani.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 18 Dec 2017 12:50PM Dikemas Kini : 18 Dec 2017 09:23PM

KUALA LUMPUR: Polis kini masih memburu empat suspek yang dipercayai terlibat dalam pembunuhan yang berlaku di sebuah stesen minyak di Taman Pelangi, Johor Bahru semalam (17 Dis), menurut laporan Astro Awani.

Pada masa yang sama, Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd menafikan kenyataan yang tular di media sosial bahawa suspek sudahpun berjaya diberkas.

Menurut laporan Astro Awani itu lagi, Datuk Mohd Khalil berkata bahawa siasatan awal polis mendapati nombor plat kenderaan yang digunakan dalam kejadian itu juga palsu.

"Buat masa ini memang belum ada sebarang tangkapan dilakukan dan kita sedang dalam proses kenal pasti suspek.

"Manakala bagi kenderaan BMW yang digunakan, pemilik kenderaan telah kita jumpa dan kita boleh sahkan ia menggunakan nombor plat palsu.

"Pemilik kenderaan asal dengan kereta serta nombor plat sama berada di Ipoh pada waktu kejadian," katanya ketika dihubungi Astro Awani.

Semalam, seorang lelaki maut selepas ditikam dan dilanggar dengan sebuah kenderaan yang dinaiki empat orang lelaki di sebuah stesen minyak di Taman Pelangi Johor Bahru.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 malam itu, mangsa yang berusia 30 tahun bersama seorang wanita warga asing berusia 20-an yang dipercayai isterinya, sedang mengisi angin tayar kenderaan mereka di stesen minyak berkenaan.

Kesemua suspek yang menaiki kenderaan mewah BMW secara tiba-tiba datang dan cuba menarik mangsa masuk ke dalam kereta mereka sehingga berlaku pergelutan sebelum mangsa berjaya melepaskan diri.

Suspek kemudiannya melanggar mangsa sebanyak dua kali sebelum mengundur dan melarikan diri.

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. 

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan