Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pembukaan MRT Laluan Putrajaya Fasa 1 ditangguhkan dek ujian belum lengkap

Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Putrajaya Fasa Satu tidak dapat dibuka untuk perkhidmatan berbayar pada November 2021 seperti yang dijadualkan berikutan ujian yang belum lengkap.

Anggaran Waktu Membaca:
Pembukaan MRT Laluan Putrajaya Fasa 1 ditangguhkan dek ujian belum lengkap

(Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 16 Nov 2021 05:21PM Dikemas Kini : 16 Nov 2021 05:27PM

KUALA LUMPUR: Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Putrajaya Fasa Satu tidak dapat dibuka untuk perkhidmatan berbayar pada November 2021 seperti yang dijadualkan berikutan ujian yang belum lengkap.

Ketua Pegawai Eksekutif Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) Mohd Zarif Hashim berkata laluan itu dijangka bersedia untuk perkhidmatan berbayar pada suku kedua 2022.

Tren MRT mencatatkan lebih 3,000 jam operasi percubaan dan sudah mengumpul banyak data.

“Selepas meneliti sendiri data tersebut, kami mendapati bahawa antara beratus-ratus modul sistem yang telah dilaksanakan, dua modul perlu diperhalusi dengan lebih lanjut.

“Kami perlu memastikan semua lapisan sistem primer, sekunder dan ketiga adalah stabil sebelum kami dapat mengambil alih aset ini dan meluluskannya untuk operasi,” katanya pada sidang media.

Operasi percubaan untuk MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu sudah berjalan sejak 29 April 2021.

Sejumlah 16 tren diuji beroperasi antara Stesen MRT Kwasa Damansara dan Stesen MRT Kampung Batu dalam keadaan perkhidmatan penuh namun tanpa penumpang dalam simulasi operasi sebenar.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan