Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pemberontak Houthi Yaman serang loji minyak Arab Saudi

Serangan dron yang didakwa dilancarkan pemberontak Houthi Yaman ke atas lapangan minyak di timur Arab Saudi pada Sabtu (17 Ogos) menyebabkan kebakaran di sebuah loji gas. Namun, Saudi Aramco, syarikat milik kerajaan menyatakan tiada kecederaan dilaporkan dan tiada gangguan kepada operasi minyak.

Anggaran Waktu Membaca:
Pemberontak Houthi Yaman serang loji minyak Arab Saudi

Gambar fail lapangan minyak di timur Arab Saudi milik Saudi Aramco (Gambar: AFP/Ian Timberlake)

Diterbitkan : 17 Aug 2019 11:42PM Dikemas Kini : 17 Aug 2019 11:47PM

RIYADH: Serangan dron yang didakwa dilancarkan pemberontak Houthi Yaman ke atas lapangan minyak di timur Arab Saudi pada Sabtu (17 Ogos) menyebabkan kebakaran di sebuah loji gas. Namun, Saudi Aramco, syarikat milik kerajaan menyatakan tiada kecederaan dilaporkan dan tiada gangguan kepada operasi minyak.

“Pasukan tindakan Saudi Aramco mengawal kebakaran terhad pagi ini di kemudahan Shaybah NGL (cecair gas asli),” kata syarikat tersebut dalam kenyataan.

Seorang jurucakap tentera Houthi berkata, kumpulan itu menyasar lapangan minyak Shaybah menggunakan 10 dron dalam apa yang dikatakan ‘serangan terbesar’ ke atas negara pentadbiran diraja itu yang juga pengeksport terbesar minyak dunia.

Menteri Tenaga Arab Saudi, Khalid al-Falih menyifatkan Shaybah sebagai sebuah kemudahan penting.

“Sasaran serangan ini ialah keselamatan bekalan minyak global, bukan hanya negara pentadbiran diraja. Ia bersamaan ancaman kepada ekonomi global,” katanya dalam komen diterbitkan agensi berita Arab Saudi (SPA).

Shaybah terletak sejauh 1,000 kilometer dari wilayah dikawal Houthi di barat laut Yaman.

Lapangan minyak itu terletak berhampiran sempadan dengan Amiriah Arab Bersatu (UAE), rakan kongsi utama Arab Saudi dalam pakatan Arab yang berjuang menentang Houthi disokong Iran sejak 2015.

Sumber : AFP/SU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan