Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pembenihan awan di Selangor, Johor bermula esok

Proses pembenihan awan bagi mengurangkan keadaan jerebu dijadualkan esok di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia yang mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tinggi.

Anggaran Waktu Membaca:
Pembenihan awan di Selangor, Johor bermula esok

(Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 15 Sep 2019 10:33PM Dikemas Kini : 15 Sep 2019 10:38PM

KUALA LUMPUR: Proses pembenihan awan bagi mengurangkan keadaan jerebu dijadualkan esok di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia yang mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tinggi.

Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Isnaraissah Munirah Majilis, berkata proses itu lebih tertumpu di Selangor dan Johor yang masih mencatatkan bacaan IPU yang tinggi.

Untuk pembenihan awan di Selangor esok, pesawat akan berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang dengan kerjasama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Jabatan Meteorologi Malaysia.

"Operasi ini akan dimulakan dengan taklimat pada jam 8.30 pagi dan pembenihan awan akan dimulakan pada jam 11.00 pagi,” kata Cik Isnaraissah.

Bagi menjaga kesihatan pelajar, semua sekolah di Melaka, Negeri Sembilan dan Sabah akan ditutup pada Selasa ini, sekiranya IPU di negeri masing-masing mencatat bacaan melebihi 200.

Menurutnya pembenihan awan yang dijalankan di Sarawak Khamis lalu berjaya menurunkan bacaan IPU di negeri itu selepas menjadi negeri yang paling terjejas akibat jerebu daripada kebakaran terbuka di Kalimantan.

"Proses pembenihan awan hanya akan dilakukan sekiranya keadaan atmosfera dan awan yang sesuai. Mudah-mudahan esok keadaan lebih membantu supaya proses pembenihan awan lebih efektif untuk dijalankan,” tambah beliau.

Sumber : Bernama/SU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan