Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pembangkang Turki bimbang terima banyak aduan berhubung undian di Sanliurfa

Parti pembangkang utama Turki hari ini (24 Jun) meluahkan kebimbangan tentang jumlah aduan melanggar peraturan undian di bahagian tenggara negara itu sedang rakyatnya keluar mengundi dalam pilihan raya yang paling sengit sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Pembangkang Turki bimbang terima banyak aduan berhubung undian di Sanliurfa

Gambar: AFP

Diterbitkan : 24 Jun 2018 10:34PM Dikemas Kini : 24 Jun 2018 10:38PM

ANKARA: Parti pembangkang utama Turki hari ini (24 Jun) meluahkan kebimbangan tentang jumlah aduan melanggar peraturan undian di bahagian tenggara negara itu sedang rakyatnya keluar mengundi dalam pilihan raya yang paling sengit sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Parti Republik Rakyat (CHP) iaitu parti pesaing utama Presiden Recep Tayyip Erdogan, Encik Muharrem Ince, menyatakan bahawa para pegawainya mengesahkan kes-kes melanggar peraturan mengundi di wilayah Sanliurfa.

"Kami menerima banyak aduan dari Sanliurfa," kata jurucakap Encik Bulent Tezcan kepada para wartawan di Ankara.

Beliau turut berkata bahawa aduan dibuat kepada jawatankuasa kawasan kejiranan dan para pegawai sudahpun mengajukannya kepada Lembaga Pilihan Raya Kanan (YSK).

Sementara itu Presiden Erdogan pula meredakan kebimbangan itu dengan berkata: "Saya sudah dimaklumkan bahawa tiada masalah serius di seluruh Turki."

Di sidang media itu, Encik Tezcan menunjukkan video dari daerah Suruc di Sanliurfa yang didakwa parti itu adalah tulen, di mana seorang lelaki berkata terdapat lebih banyak undian berbanding mereka yang membuat undi.

Encik Tezcan juga merujuk kepada satu lagi insiden di daerah Eyyubiye di Sanliurfa di mana beliau mendakwa 100 undian tambahan diletakkan dalam kotak undi "Pakatan Rakyat" Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) Erdogan bersama Parti Gerakan Nasionalis (MHP).

Encik Tezcan juga mengutuk kehadiran individu bersenjata di Suruc yang dikatakan beliau mengancam suasana pilihan raya.  

Sumber : AFP/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan