Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pembangkang Syria tolak 'kongres damai' di Rusia

Pihak pembangkang memutuskan untuk memulaukan sidang damai di Sochi, Rusia. Ini didedahkan sendiri oleh pihaknya melalui laman rasmi Twitternya.

Anggaran Waktu Membaca:
Pembangkang Syria tolak 'kongres damai' di Rusia

Yahya al-Aridi, wakil SNC, tiba di Vienna semalam (26 Jan). (Gambar: Alex Halada/ AFP)

Diterbitkan : 27 Jan 2018 04:45PM Dikemas Kini : 27 Jan 2018 04:50PM

VIENNA: Pihak pembangkang memutuskan untuk memulaukan sidang damai di Sochi, Rusia. Ini didedahkan sendiri oleh pihaknya melalui laman rasmi Twitternya.

Agenda utama rundingan itu adalah perlembagaan baru Syria selepas perang.

Negara-negara barat sebelum ini melihat daya usaha Rusia itu dengan curiga.

Mereka bimbang Mosko seolah-olah mengenepikan usaha PBB dan sedang berusaha mewujudkan satu proses damai yang berasingan tetapi berpihak kepada Presiden Bashar al-Assad.

Sidang di Sochi itu disokong Iran dan Turki, yang turut terlibat dalam perang di Syria sejak tujuh tahun lalu. 

Sumber : AFP/AA/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan