Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pemanggil 'palsu' dapat tembus, berbual dengan Trump semasa beliau dalam Air Force One

Kedua-dua lelaki itu kemudian meneruskan perbualan mereka, berbual mengenai isu-isu seperti imigresen serta menggantikan Hakim Anthony Kennedy, yang akan bersara dari Mahkamah Agung Amerika Syarikat.

Anggaran Waktu Membaca:
Pemanggil 'palsu' dapat tembus, berbual dengan Trump semasa beliau dalam Air Force One

(Gambar fail: AFP/ Nicolas Asfouri)

Diterbitkan : 30 Jun 2018 11:24AM Dikemas Kini : 30 Jun 2018 11:30AM

WASHINGTON: Seorang pemanggil 'palsu' yang berbual dengan pemimpin negara yang paling berkuasa di dunia di pesawat Air Force One? Ia mungkin sesuatu yang mustahil.

Berpura-pura sebagai Senator New Jersey Robert Menendez, pelawak John Melendez berkata bahawa beliau menghubungi Presiden Donald Trump pada malam Rabu (27 Jun) ketika presiden itu berada di dalam pesawat presiden.

Melendez menyiarkan rakaman perbualan di The Stuttering John Podcast, di mana suara seperti Presiden Trump boleh didengari.

"Anda mengalami keadaan yang sukar dan pada pendapat saya, ia sangat tidak adil," katanya kepada "senator”, yang disiasat kerana rasuah sebelum tuduhan-tuduhan itu akhirnya digugurkan.

Kedua-dua lelaki itu kemudian meneruskan perbualan mereka, berbual mengenai isu-isu seperti imigresen serta menggantikan Hakim Anthony Kennedy, yang akan bersara dari Mahkamah Agung Amerika Syarikat.

Pelawak itu berkata bahawa beliau membuat panggilan telefon ke Rumah Putih berpura-pura menjadi pembantu kepada senator dan pada akhirnya beliau dihubungkan dengan presiden di pesawat Air Force One, dalam senario yang menimbulkan persoalan tentang protokol yang mengawal akses kepada ketua pemimpin Amerika Syarikat tersebut.

Rumah Putih tidak memberi sebarang respons terhadap permintaan media untuk mengulas perkara itu.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan