Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pemandu van maut, 4 pemain badminton termasuk pemain nombor satu dunia cedera ringan

Seorang pemandu van maut manakala empat pemain badminton termasuk pemain nombor satu dunia Kento Momota cedera dalam nahas membabitkan sebuah van dan lori di Km13.7 Lebuhraya Maju Expressway (MEX) awal pagi ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Pemandu van maut, 4 pemain badminton termasuk pemain nombor satu dunia cedera ringan

(Gambar: Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor)

Diterbitkan : 13 Jan 2020 10:24AM Dikemas Kini : 13 Jan 2020 10:30AM

KUALA LUMPUR: Seorang pemandu van maut manakala empat pemain badminton termasuk pemain nombor satu dunia Kento Momota cedera dalam nahas membabitkan sebuah van dan lori di Km13.7 Lebuhraya Maju Expressway (MEX) awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira 4.40 pagi, van dipandu Bavan a/l Nageswarau yang dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dipercayai melanggar bahagian belakang sebuah lori yang dikatakan sedang bergerak perlahan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JPBM) Selangor, Encik Norazam Khamis berkata pemandu van yang tersepit itu meninggal dunia di tempat kejadian manakala keempat-empat penumpang cedera ringan.

Selain Encik Momota, mereka yang cedera adalah Encik Hirayama Yu; Encik Morimoto Arkifuki serta pemain badminton England, Encik William Thomas.

"Kesemua mangsa dibawa ke Hospital Putrajaya," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata 10 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Serdang dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada 4.57 pagi.

Semalam, Encik Momota daripada Jepun muncul juara perseorangan lelaki Malaysia Masters 2020 selepas menewaskan Viktor Axelsen daripada Denmark di Axiata Arena.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan