Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pemandu teksi rempuh 7 orang di laluan pejalan kaki selepas kerja 20 jam

Pemandu teksi yang memandu laju dalam keadaan tidak terkawal di laluan pejalan kaki di Mosko pada hari ketiga Piala Dunia, dia bekerja beterusan selama 20 jam sebelum insiden itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Pemandu teksi rempuh 7 orang di laluan pejalan kaki selepas kerja 20 jam

Petikan gambar yang menunjukkan teksi berkenaan rempuh orang ramai di laluan pejalan kaki.

Diterbitkan : 17 Jun 2018 09:56PM Dikemas Kini : 17 Jun 2018 10:08PM

MOSKO: Pemandu teksi yang memandu laju dalam keadaan tidak terkawal di laluan pejalan kaki di Mosko pada hari ketiga Piala Dunia, sehingga meragut nyawa sekurang-kurangnya tujuh orang, berkata dalam video yang dikeluarkan pihak berkuasa hari ini (17 Jun) bahawa dia bekerja beterusan selama 20 jam sebelum insiden itu.

Lelaki yang tidak didedahkan namanya selanjutnya berkata dia hanya berehat selama hanya sekitar dua jam sebelum syif bermula. Semasa kejadian, dia bingung dan secara tidak sengaja tertekan pedal pemecut dan bukan brek kenderaan, menurut video pada laman kementerian tempatan itu.

"Saya tidak tahu bagaimana ia berlaku," katanya sambil menambah dia tidak berada dalam keadaan mabuk dan berasa "sangat bersalah".

Lelaki itu, yang pihak berkuasa sebelumnya kenal pasti sebagai seorang warga Kyrgyzstan berusia 28 tahun, melarikan diri daripada tempat kejadian kerana takut dia akan dibunuh sebelum ditahan polis.

Kemalangan berlaku dekat Lapangan Merah di mana ribuan peminat bola sepak berkumpul untuk memetik gambar Kremlin.

Rakaman CCTV yang tular semalam (16 Jun) menunjukkan sebuah teksi kuning membelok ke kanan sedang ia melalui jalan sehala berdekatan Dataran Merah.

Kenderaan dipandu dengan laju berdekatan laluan pejalan kaki yang sesak dan hanya berhenti selepas melanggar tiang trafik.

Dua saksi segera cuba menahan pemandu berkenaan, sambil cuba membuka pintu kenderaan.

Pemandu akhirnya melompat keluar dan melarikan diri. Rakaman menunjukkan orang ramai mengejar lelaki itu.

Polis mengesahkan tujuh orang cedera. Ia menutup jalan raya berkenaan selama sejam.  

Sumber : AFP/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan