Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pemandu teksi Korea Selatan membakar dirinya, bantah aplikasi kongsi kereta

Seorang pemandu teksi warga Korea Selatan membakar dirinya dan meninggal dunia pada Isnin (10 Dis) untuk membantah sebuah khidmat kongsi kereta yang disarankan oleh sebuah syarikat yang mengendalikan aplikasi chat paling popular di negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Pemandu teksi Korea Selatan membakar dirinya, bantah aplikasi kongsi kereta

(Gmabar: Thomas White/AFP)

Diterbitkan : 11 Dec 2018 06:42PM Dikemas Kini : 11 Dec 2018 06:45PM

SEOUL: Seorang pemandu teksi warga Korea Selatan membakar dirinya dan meninggal dunia pada Isnin (10 Dis) untuk membantah sebuah khidmat kongsi kereta yang disarankan oleh sebuah syarikat yang mengendalikan aplikasi chat paling popular di negara itu.

Pemandu teksi berusia 57 tahun itu menyimbah dirinya dengan cecair mudah terbakar dan membakar bajunya apabila sedang duduk dalam teksi berdekatan dengan parlimen, menurut jabatan kebakaran dan polis.

Para pemandu dari kesatuan-kesatuan sekerja sudahpun mengadakan rapat-rapat besar di Seoul, untuk membantah aplikasi "carpooling" atau kongsi kereta oleh Kakao Mobility, kerana mendakwa ia mengancam pekerjaan-pekerjaan mereka.

Kakao Mobility, khidmat pengangkutan bagi pengendali Kakao Corp, menyatakan pada Jumaat (7 Dis) bahawa ia sedang menguji aplikasi kongsi kereta meskipun dibantah oleh para pemandu yang mahu pemerintah untuk tidak memberi kebenaran bagi khidmat itu.

Seorang jurucakap untuk Kakao Mobility berkata bahawa syarikat tersebut turut bersimpati terhadap keluarga pemandu teksi yang membunuh dirinya itu.

"Kami berasa dukacita dan sedih serta menyampaikan takziah kami," menurut jurucakap itu. Beliau enggan mengulas lebih lanjut.

Menteri pengangkutan Korea Selatan tidak dapat dihubungi untuk mengulas perkara itu. 

Sumber : Reuters
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan