Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pemandu rentung, BMW terbakar selepas rempuh pokok

Seorang pemandu kereta jenis BMW rentung selepas kenderaan yang dipandunya terbabas dan melanggar pokok lalu terbakar dalam nahas di Selangor, awal hari ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Pemandu rentung, BMW terbakar selepas rempuh pokok

Pemandu kereta jenis BMW rentung selepas kenderaan yang dipandunya terbabas dan melanggar pokok lalu terbakar dalam nahas di Selangor. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 17 Feb 2019 08:00PM Dikemas Kini : 17 Feb 2019 08:04PM

KUALA LUMPUR: Seorang pemandu kereta jenis BMW rentung selepas kenderaan yang dipandunya terbabas dan melanggar pokok lalu terbakar dalam nahas di Selangor, awal hari ini (17 Feb). 

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd Zani Che Din, berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian, yang berlaku di jalan lurus dan mempunyai empat lorong jalan, pada pukul 4.50 pagi.

Kejadian itu berlaku dekat Lapangan Terbang Subang.

ACP Mohd Zani berkata nombor pendaftaran kenderaan dan identiti mangsa belum dikenal pasti berikutan kereta itu hangus sepenuhnya.

“Kebakaran hanya dapat dipadamkan selepas 15 minit oleh anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Petaling Jaya,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata polis sedang mengesan waris mangsa berkenaan dan mayat mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk dibedah siasat.

Awal bulan ini, tiga orang rentung dalam kemalangan yang juga melibatkan kereta BMW apabila ia melanggar pembahagi jalan di Lebuhraya Dispersal Link Kajang di Selangor, sebelum terbakar.

Sumber : Bernama/SU/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan