Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pemandu mabuk, 2 maut selepas kereta hilang kawalan rempuh pembahagi jalan

Dua maut manakala seorang cedera ringan apabila kereta Proton Wira yang dinaiki mereka hilang kawalan lalu terbabas merempuh pembahagi jalan di Kilometer 70 Jalan Gua Musang-Lojing awal pagi tadi (24 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Pemandu mabuk, 2 maut selepas kereta hilang kawalan rempuh pembahagi jalan

(Gambar hiasan: BERITAMediacorp)

Diterbitkan : 24 Mar 2018 02:32PM Dikemas Kini : 24 Mar 2018 02:35PM

GUA MUSANG: Dua maut manakala seorang cedera ringan apabila kereta Proton Wira yang dinaiki mereka hilang kawalan lalu terbabas merempuh pembahagi jalan di Kilometer 70 Jalan Gua Musang-Lojing awal pagi tadi (24 Mac).

Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Mohd Taufik Maidin berkata dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 pagi, mangsa yang maut adalah pemandu kereta, S.Paramasivam, 33, berasal dari Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang, dan seorang lagi mangsa wanita yang identitinya belum diperoleh.

Supt Mohd Taufik berkata mangsa wanita berkenaan duduk di bahagian belakang kereta tersebut dan kedua-dua mangsa meninggal dunia akibat cedera parah di badan dan kepala.

Beliau berkata seorang lagi penumpang yang duduk di bahagian depan kereta tersebut, Sharif Sayid Ahmad, 38, berasal dari Kampung Raja, Cameron Highlands hanya cedera ringan.

“Kesemua mangsa dalam perjalanan dari Gua Musang ke Cameron Highlands dan sebaik tiba di lokasi kereta yang dinaiki mereka hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar pembahagi jalan.

“Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang dikejarkan ke lokasi untuk mengeluarkan dua mangsa yang tersepit. Mangsa yang cedera ringan dihantar ke Hospital Gua Musang untuk menerima rawatan,” katanya.

Beliau menambah, siasatan awal mendapati pemandu kereta terbabit berada dalam keadaan mabuk akibat pengaruh alkohol.

Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang untuk dibedah siasat. 

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan