Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pemandu lori maut, anak cedera parah dalam kemalangan lori-bas

Seorang pemandu lori maut manakala anak lelakinya yang juga seorang pembantu pemandu lori, cedera parah selepas lori yang dinaiki mereka merempuh bahagian belakang bas ekspres dalam kemalangan di Kilometer 45.2, Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah selatan, semalam (2 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Pemandu lori maut, anak cedera parah dalam kemalangan lori-bas

(Gambar: Bomba Dan Penyelamat)

Diterbitkan : 03 Apr 2018 06:29PM Dikemas Kini : 03 Apr 2018 06:32PM

JOHOR BAHRU: Seorang pemandu lori maut manakala anak lelakinya yang juga seorang pembantu pemandu lori, cedera parah selepas lori yang dinaiki mereka merempuh bahagian belakang bas ekspres dalam kemalangan di Kilometer 45.2, Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah selatan, semalam (2 Apr).

Ketua Polis Daerah Kulai Supt Dzulkhairi Mukhtar berkata kejadian yang berlaku pada pukul 10.45 malam itu, turut membabitkan tiga kenderaan lain, namun kesemua mangsa termasuk 27 penumpang bas ekspres tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Hasil siasatan awal pihak polis mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila kesemua kenderaan terlibat berada di lorong kiri jalan dan bergerak secara perlahan. Namun, lori yang dipandu mangsa tiba-tiba merempuh belakang bas ekspres hingga menyebabkan bas berkenaan bergerak ke hadapan dan melanggar tiga kenderaan lain,” kata beliau.

Mangsa, Zainal Abidin Abdul Rahman, 57 tahun, meninggal dunia di tempat kejadian manakala anaknya, Nazrul Haqim Zainal Abidin, 19 tahun, cedera parah.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Kulai untuk dibedah siasat pagi tadi (3 Apr). Supt Dzulkhairi berkata siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada kecuaian mangsa sendiri. 

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan