Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pemandu kereta sewa dipecat kerana enggan layan pelanggan Muslim

Aplikasi tempahan teksi OLA memecat pemandunya pada Isnin (18 Jun) kerana enggan menurunkan seorang penumpang Muslim di lokasi pilihannya. Syarikat tersebut juga membuat kenyataan maaf di Twitter atas kejadian tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Pemandu kereta sewa dipecat kerana enggan layan pelanggan Muslim

(Gambar: India Times)

Diterbitkan : 26 Jun 2018 10:47PM Dikemas Kini : 26 Jun 2018 10:50PM

THE QUINT: Aplikasi tempahan teksi OLA memecat pemandunya pada Isnin (18 Jun) kerana enggan menurunkan seorang penumpang Muslim di lokasi pilihannya. Syarikat tersebut juga membuat kenyataan maaf di Twitter atas kejadian tersebut.

Menurut laporan The Quint, pembuat aduan Asad Ashraf, seorang wartawan di Delhi, menempah teksi pada 17 Jun untuk ke Jamia Nagar dari BK Dutt Colony.

Pemandu berkenaan, yang menerima tempahan Ashraf, enggan menurunkan Ashraf di destinasi pilihannya dan sebaliknya menurunkan beliau separuh jalan. Ashraf turut mendakwa pemandu tersebut membuat ugutan terhadapnya dan memanggil beberapa rakannya ke lokasi tersebut.

Aduan yang dibuat Ashraf turut menyatakan "... (pemandu) meluahkan kata-kata bersifat perkauman, dengan berkata beliau tidak akan ke Jamia Nagar kerana kawasan Muslim itu bukan satu tempat untuk OLA berkhidmat."

Menurut laporan The Quint, Ashraf kemudian menghantar isyarat kecemasan ke OLA, yang kemudian memberi respons melalui panggilan telefon. Namun syarikat tersebut tidak membuat sebarang tindakan susulan, walaupun Ashraf membuat panggilan beberapa kali.

Apabila Ashraf membuat aduan di Twitter, pasukan sokongan OLA memberi respons bahawa pasukan keselamatan OLA sudahpun memberi respons.

Ashraf kemudian mendakwa bahawa walaupun OLA memberitahu bahawa sebuah teksi lain akan mengambilnya dari lokasi tersebut, beliau disekat daripada menggunakan app tersebut sehingga beliau memberi rating bagi pemandu sebelumnya.

Pihak OLA kemudian memohon maaf atas kejadian tersebut, dan memberi jaminan yang pasukan keselamatan akan menghubungi beliau untuk 'perbincangan terperinci'.

Pada 18 Jun, OLA mengeluarkan kenyataan di Twitter untuk mengumumkan bahawa mereka sudah 'memberhentikan' pemandu tersebut.

Kejadian itu berlaku kurang sebulan selepas seorang pelanggan membatalkan tempahannya kerana pemandunya beragama Islam. Pada kejadian itu, OLA juga mengeluarkan tweet yang serupa, dengan menyatakan bahawa seperti negara India, OLA juga merupakan 'wadah sekular'. 

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan