Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pemandu kereta api maut dalam nahas kereta api di Sepanyol

Seorang pemandu kereta api maut dan empat lagi cedera parah di timur laut Sepanyol selepas dua kereta api bertembung di luar Barcelona.

Anggaran Waktu Membaca:
Pemandu kereta api maut dalam nahas kereta api di Sepanyol

Nahas berlaku semasa waktu sibuk pada sebelah petang, berdekatan Castellgali.

Diterbitkan : 09 Feb 2019 06:48PM Dikemas Kini : 09 Feb 2019 06:52PM

MADRID: Seorang pemandu kereta api maut dan empat lagi cedera parah di timur laut Sepanyol selepas dua kereta api bertembung di luar Barcelona.

Nahas berlaku semasa waktu sibuk pada sebelah petang, berdekatan Castellgali, sekitar 50 kilometer dari ibu kota Catalonia, menurut syarikat pengendali kereta api Renfe dalam kenyataannya.

Pemandu yang maut berusia 26 tahun. 100 penumpang turut cedera ringan, menurut pasukan khidmat kecemasan dalam kiriman tweetnya.

65 penumpang lain tidak mengalami sebarang kecederaan.

Renfe menyatakan bahawa siasatan terhadap insiden itu sedang dijalankan.

Pada Nov, satu orang maut dan 49 lagi cedera di laluan sama apabila tanah runtuh menyebabkan kereta api tergelincir.  

Sumber : AFP/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan