Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pemandu kereta api Jepun fail saman S$26,000 selepas gaji dipotong S$0.70

Seorang pemandu kereta api Jepun menyaman majikannya selepas gaji pekerja itu dipotong 56 yen (S$0.70) disebabkan kelewatan selama seminit pada sistem rel negara itu yang amat terkenal kerana ketepatan waktu, menurut syarikat tersebut pada Khamis (11 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Pemandu kereta api Jepun fail saman S$26,000 selepas gaji dipotong S$0.70

Gambar: AFP

Diterbitkan : 12 Nov 2021 07:45PM Dikemas Kini : 13 Nov 2021 09:30AM

TOKYO: Seorang pemandu kereta api Jepun menyaman majikannya selepas gaji pekerja itu dipotong 56 yen (S$0.70) disebabkan kelewatan selama seminit pada sistem rel negara itu yang amat terkenal kerana ketepatan waktu, menurut syarikat tersebut pada Khamis (11 Nov).

Pemandu itu memfailkan saman terhadap West Japan Railway (JR West) awal tahun ini selepas dia didenda kerana kesilapan di tempat kerja pada Jun 2020 yang menyebabkan kelewatan itu, lapor akhbar, Yomiuri Shimbun.

Pekerja itu menuntut 2.2 juta yen (S$26,160) sebagai ganti rugi untuk penderitaan mental yang dihadapinya disebabkan pengalaman pahit itu, menurut laporan tersebut.

Pemandu berkenaan dijadualkan memindahkan kereta api kosong ke sebuah garaj di stesen Okayama tetapi dia menuju ke platform yang salah.

Kesilapan itu menyebabkan kelewatan bagi pertukaran pemandu, bermakna kereta api tersebut berlepas dari stesen itu dan tiba di depot lewat seminit daripada dijadualkan, lapor akhbar tersebut.

Menurut syarikat itu, tindakan yang diambil ke atas pekerja tersebut adalah setimpal memandangkan tidak ada sebarang kerja dilakukan sewaktu kesilapan tersebut berlaku.

Seorang jurucakap JR West mengesahkan saman tersebut kepada AFP tetapi enggan mengulas lanjut kerana "kes belum selesai".

"Sebab perkara ini menjadi satu tuntutan mahkamah adalah perbezaan mengenai penakrifan" punca kelewatan itu, kata beliau sambil menambah bahawa syarikat itu mengamalkan peraturan "tiada kerja dilakukan, tiada gaji" sewaktu memotong gaji pemandu itu.

Lelaki tersebut, yang namanya tidak didedahkan, berkata kelewatan itu adalah kesilapan manusia yang kecil dan dia tidak sepatutnya dianggap tidak hadir bekerja.

Sumber : AFP/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan