Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pemandu Grab ditemui mati dipercayai dibunuh

Seorang pemandu Grab ditemui mati dipercayai akibat dibunuh dengan kesan jerutan pada leher dalam kereta jenis Perodua Myvi miliknya di parkir Taman Selayang Makmur di sini, malam tadi (23 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Pemandu Grab ditemui mati dipercayai dibunuh

Gambar fail kereta polis Malaysia. (Gambar: MANAN VATSYAYANA/AFP)

Diterbitkan : 24 Jun 2018 08:37PM Dikemas Kini : 24 Jun 2018 08:58PM

KUALA LUMPUR: Seorang pemandu Grab ditemui mati dipercayai akibat dibunuh dengan kesan jerutan pada leher dalam kereta jenis Perodua Myvi miliknya di parkir Taman Selayang Makmur di sini, malam tadi (23 Jun).

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak Supt Tey Kong Seng berkata mangsa Aiman Nosri, 27 tahun, ditemui dalam keadaan tertungkup di tempat duduk belakang kereta kira-kira 8.20 malam. 

"Mangsa ditemui tertungkup di mana kepalanya di bawah mengenai lantai kereta dan kaki di atas.

"Pemeriksaan polis turut mendapati terdapat kesan melecet pada leher mangsa namun tiada sebarang senjata dijumpai di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini (24 Jun).

Beliau berkata siasatan yang dijalankan Unit Forensik Ibu Pejabat Kontinjen Selangor menemukan dua telefon bimbit, sepasang kasut berserta stokin, sepasang selipar dan sehelai baju di dalam kereta berkenaan.

Supt Tey berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Berdasarkan rekod, mangsa dikatakan kali terakhir membawa penumpang dari Jalan Tun Tan Cheng Lock menuju ke Selayang Baru pada pukul 9.34 malam Khamis lalu (21 Jun).

Sumber : Bernama/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan