Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pemandu bas meninggal semasa bawa penumpang ke Pulau Pinang

Seorang pemandu bas ekspres meninggal dunia secara tiba-tiba semasa dalam perjalanan membawa 30 penumpang dari Shah Alam ke Pulau Pinang pada awal pagi Sabtu (6 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Pemandu bas meninggal semasa bawa penumpang ke Pulau Pinang

(Gambar hiasan: BERNAMA)

Diterbitkan : 06 Jul 2019 04:15PM Dikemas Kini : 06 Jul 2019 04:23PM

IPOH: Seorang pemandu bas ekspres meninggal dunia secara tiba-tiba semasa dalam perjalanan membawa 30 penumpang dari Shah Alam ke Pulau Pinang pada awal pagi Sabtu (6 Jul).

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Mohd Ali Tamby berkata semasa kejadian, Johari Abdul Jalil - berusia 57 tahun dari Alor Setar - berhenti sebentar di lorong kecemasan di Kilometer 284 Lebuhraya Utara Selatan - sebelum Plaza Tol Ipoh Selatan - untuk membuang air kecil pada kira-kira jam 3.30 pagi. 

"Semasa itu, si mati menjawab panggilan telefon sebelum tiba-tiba jatuh dan terbaring atas stering bas," kongsinya.

Menurut Encik Mohd Ali lagi, penumpang dan pemandu kedua bas kemudian mengangkat dan membaringkan Johari di tempat duduk penumpang sebelum meneruskan perjalanan ke Plaza Tol Ipoh Selatan dan menghubungi pihak hospital untuk meminta bantuan.

"Pegawai dari Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Raja Permaisuri Bainun, yang tiba mengesahkan pemandu itu telah meninggal dunia,". kata Encik Mohd Ali

Beliau menambah hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah akibat sakit jantung dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut serta tiada unsur jenayah.  

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan