Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pemandu AS sengaja langgar pejalan kaki disangka Muslim

Seorang lelaki di California yang sengaja melanggar sekumpulan pejalan kaki melakukan demikian kerana menyangka mereka adalah Muslim. Demikian menurut polis pada Jumaat (26 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Pemandu AS sengaja langgar pejalan kaki disangka Muslim

Gambar fail. (Gambar: Brendan Smialowski/AFP)

Diterbitkan : 27 Apr 2019 04:34PM Dikemas Kini : 27 Apr 2019 04:38PM

LOS ANGELES: Seorang lelaki di California yang sengaja melanggar sekumpulan pejalan kaki melakukan demikian kerana menyangka mereka adalah Muslim. Demikian menurut polis pada Jumaat (26 Apr).

Lapan orang cedera dalam kejadian itu.

Pemandu itu, Isaiah Peoples, 34 tahun, dilaporkan menyasarkan keluarga itu berdasarkan penampilan mereka, menurut polis di Sunnyvale, dekat San Francisco, yang kini menyifatkan kes tersebut sebagai "jenayah kebencian".

"Terdapat bukti baru yang menunjukkan Peoples dengan sengaja menyasarkan mangsa terlibat berdasarkan kaum yang mana suspek percayai mereka adalah orang Islam," menurut pasukan Keselamatan Awam Sunnyvale dalam satu kenyataan.

Media setempat melaporkan, tiga anggota keluarga terdiri daripada seorang ayah, anak lelaki dan anak perempuan, antara lapan pejalan kaki yang cedera dalam kejadian tersebut.

Status kerakyatan serta agama keluarga tersebut tidak didedahkan.

Seorang peguam yang mewakili Peoples berkata insiden tersebut "ternyata disebabkan masalah mental" dan beliau akan mendapatkan rawatan psikiatrik bagi anak guamnya yang merupakan bekas anggota tentera yang mungkin mengalami gangguan tekanan pasca trauma.

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan