Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pemandu angkut peluru berpandu yang tembak jatuh pesawat MH17 dipenjara, kata Ukraine

Ukraine menyatakan pada Rabu (17 Jul) ia meletakkan seorang pemandu treler dalam penjara kerana mengangkut peluru berpandu yang menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines pada 2014.

Anggaran Waktu Membaca:
Pemandu angkut peluru berpandu yang tembak jatuh pesawat MH17 dipenjara, kata Ukraine

Serpihan bangkai pesawat Malaysia Airlines MH17, yang terhempas di Ukraine pada Julai 2014, dibina semula dan dipamerkan di Gilze Rijen, Belanda, pada 13 Oktober 2015. (Gambar: Michael Kooren/REUTERS)

Diterbitkan : 18 Jul 2019 08:57AM Dikemas Kini : 18 Jul 2019 09:00AM

KIEV: Ukraine menyatakan pada Rabu (17 Jul) ia meletakkan seorang pemandu treler dalam penjara kerana mengangkut peluru berpandu yang menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines pada 2014. Menurut negara itu, pemandu berkenaan ditangkap dua tahun lalu dan kini menjalani hukuman di Ukraine.

Pesawat Malaysia Airlines MH-17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ditembak jatuh ketika ia sedang melakukan penerbangan di timur Ukraine semasa satu pemberontakan oleh kumpulan pemisah yang disokong Rusia. Kejadian itu meragut nyawa kesemua 298 orang dalam pesawat berkenaan. Sebuah pasukan penyiasat diketuai Belanda menyalahkan Rusia kerana membekalkan peluru berpandu permukaan ke udara yang menembak jatuh pesawat itu.

Kejadian itu adalah yang paling dahsyat berlaku dalam peperangan antara pemberontak disokong Rusia dengan pasukan tentera Ukraine, yang telah mengorbankan lebih 10,000 mangsa. Pertempuran sengit tamat dengan perjanjian damai pada 2015 namun pertempuran tetap berlaku dan menyebabkan korban jiwa.

Genap lima tahun sejak tragedi MH-17, Vitaly Mayakov, seorang pegawai khidmat keselamatan SBU Ukraine, berkata pemandu yang membawa masuk peluru berpandu itu ke Ukraine sudahpun ditangkap dua tahun lalu dan sedang menjalani hukuman.

Beliau tidak mendedahkan identiti pemandu berkenaan mahupun menjelaskan mengapa maklumat tentangnya tidak diumumkan sebelum ini.

Mayakov berkata lebih 150 orang yang terlibat dalam kerja mengangkut pelancar peluru berpandu itu ulang-alik ke Ukraine, sudahpun dikenal pasti.

Pasukan antarabangsa diterajui Belanda menamakan empat suspek terbabit dalam serangan pesawat itu: tiga warga Rusia dan seorang rakyat Ukraine.

Kementerian Luar Rusia menafikan bahawa ia tidak memberi kerjasama sambil menyatakan pada Rabu bahawa siasatan itu bertujuan untuk merosakkan reputasi Moscow. 

Sumber : Reuters/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan