Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pemain bola sepak lemas dalam tasik ketika cuba ambil bola

Seorang pemain kelab bola sepak amatur tidak sempat bertunang dengan kekasihnya akibat mati lemas selepas terjatuh ke dalam Tasik Eco Ardence ketika ingin mengambil bola. 

Anggaran Waktu Membaca:
Pemain bola sepak lemas dalam tasik ketika cuba ambil bola

Gambar hiasan. (Gambar: Getty Images)

Diterbitkan : 09 Jan 2019 03:52PM Dikemas Kini : 09 Jan 2019 04:11PM

SHAH ALAM: Seorang pemain kelab bola sepak amatur tidak sempat bertunang dengan kekasihnya akibat mati lemas selepas terjatuh ke dalam Tasik Eco Ardence ketika ingin mengambil bola.

Laman K! Online memetik ibu Allahyarham, Nor Hasimah Shaffir, sebagai berkata bahawa anaknya sudah membeli beberapa barangan hantaran bagi meminang gadis yang dikenali Suzana, seorang guru.

"Bakal tunangnya itu juga terkejut akan kejadian itu dan kini berada di kampung untuk persiapan pengebumian jenazah di Tanah Perkuburan di Kampung Tembun, Jelebu," katanya kepada K! Online hari ini (9 Jan).

Dalam kejadian yang berlaku di Setia Alam di Selangor itu, pemain kelab Sarban FC yang dikenali sebagai Khairul Anuar Hashim, 26 tahun, dipercayai terjatuh ke dalam tasik dan hanya ditemui sekitar 2.35 pagi tadi (9 Jan).

Astro Awani menukil Ketua Cawangan Pengurusan Operasi Dan Balai Jabatan Bomba Penyelamat Selangor, Alimaddia Bukri, sebagai berkata mayat mangsa ditemui pada jarak antara lima hingga 15 meter dari lokasi beliau terjatuh di tebing tasik.

"Kesukaran mencari dan menyelamat di kawasan ini adalah kerana kawasan ini, di bawahnya sedikit berselut.

"Dengan kedalaman tasik sekitar tiga meter, ia menyukarkan sedikit proses menyelamat, ditambah pula kejadian berlaku pada waktu malam," katanya kepada Astro Awani.

Seramai 37 anggota, termasuk dari Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam dan Pelabuhan Klang, yang dibantu anggota polis dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) terlibat dalam operasi mencari mangsa.

Menurut laporan Astro, mangsa difahamkan sedang bermain bola sepak bersama rakan sepasukan di padang berdekatan sebelum tragedi itu berlaku.

Jenazah mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk dibedah siasat.  

Sumber : Agensi berita/AI/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan