Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pelitup muka burukkan pencemaran di kawasan selam popular Filipina

Alat pelindung daripada COVID-19 kini menimbulkan bahaya pada sekitaran di Filipina.

Anggaran Waktu Membaca:
Pelitup muka burukkan pencemaran di kawasan selam popular Filipina

Pelitup muka yang dibuang di laut dekat perairan Batangas, Filipina (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 07 Jun 2021 11:36PM Dikemas Kini : 07 Jun 2021 11:39PM

BAUAN: Pandemik COVID-19 memburukkan pencemaran laut dekat bandar Bauan, sebuah tapak menyelam popular di wilayah Batangas, Filipina.

Pengunjung kerap dan penduduk melaporkan peningkatan jumlah pelitup dan pelindung PPE yang dikumpulkan dari dasar laut.

"Mungkin kerana sebilangan orang yang menaiki bot hanya menggantung pelitupnya dari satu hujung dan ia tertanggal, atau ada yang tidak membuangnya dengan betul," kata Encik Arnel Vergara, penyelam profesional Filipina yang sudah menyelam di kawasan itu sejak sedekad yang lalu.

Cik Carmela Sevilla, pemilik resort dan jurulatih selam, berkata kehadiran pelitup itu memburukkan lagi masalah pencemaran di kawasan perairan pada musim tengkujuh yang kini dipenuhi dengan beg plastik, bekas bungkusan dan lampin.

"Saya rasa kami akan melihat lebih banyak pelitup "kata Cik Sevilla. "Saya rasa kita akan perlu memakai pelitup muka untuk masa yang agak lama."

Encik Girro Maranan, seorang pegawai di pejabat pelancongan Batangas, berkata para pegawai sedar tentang masalah itu dan sedang menerajui satu usaha pembersihan.

"Kepelbagaian hidupan laut kita adalah yang paling terjejas," kata Encik Maranan.

Cik Marian Ledesma, pejuang kempen cinta alam Greenpeace di Filipina, berkata pengurusan lemah strategi pembuangan sampah negara itu menyebabkan sampah terkumpul di anak-anak sungainya.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan