Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pelarian Yaman yang mohon suaka di Jeju berdepan cabaran bina kehidupan baru

Meskipun pemerintah Korea Selatan memberikan visa sementara kepada lebih 500 pelarian Yaman yang tiba di pulau Jeju baru-baru ini, kehadiran mereka yang memohon suaka mencetuskan bantahan di merata negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 21 Oct 2018 05:21PM Dikemas Kini : 21 Oct 2018 11:38PM

JEJU: Meskipun pemerintah Korea Selatan memberikan visa sementara kepada lebih 500 pelarian Yaman yang tiba di pulau Jeju baru-baru ini, kehadiran mereka yang memohon suaka mencetuskan bantahan di merata negara itu.

Antara pelarian yang berada di pulau selatan itu termasuk seorang remaja berusia 19 tahun, Almesri Heymar. Almesri tiba di pulau Jeju dengan harapan dapat memulakan kehidupan baru.

Namun, beliau menyedari, pelbagai ranjau perlu ditempuhi - antaranya termasuk masalah komunikasi dengan rakyat tempatan.

Almesri dan rakan-rakannya pelajari bahasa Korea. (Gambar: Lim Yun Suk)

Almesri dan rakan-rakannya pelajari bahasa Korea. (Gambar: Lim Yun Suk)

Remaja itu kini berkongsi rumah dengan tiga pelarian lain, atas ihsan sebuah badan amal.

Bagi sebilangan pelarian pula, mereka tekad untuk mendapatkan status 'pelarian' kerana itulah satu-satunya cara bagi membawa keluarga mereka untuk hidup di Korea Selatan.

Sekitar 500 rakyat Yaman tiba di Jeju sejak bulan Mei lalu, kebanyakannya lelaki bujang. Hanya segelintir yang berpeluang membawa bersama keluarga masing-masing.

Untuk mula membina kehidupan baru, ramai daripada mereka cuba mendapatkan pekerjaan dan mencari huraian supaya anak-anak boleh terus mendapatkan pendidikan.

Berikutan rasa kurang senang rakyat Korea Selatan atas kedatangan para pelarian ke Pulau itu, pemerintah Seoul baru-baru ini menyertakan Yaman ke dalam senarai 11 negara yang memerlukan visa untuk memasuki Jeju.

Kebanyakan rakyat Yemen sebelum ini tiba dari Malaysia yang mempunyai penerbangan langsung ke Jeju, tanpa perlu visa.

Lebih 700,000 rakyat Korea Selatan menandatangani satu petisyen online meminta supaya para pelarian tersebut dihantar pulang.  

Sumber : CNA/MM/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan