Pelarian Rohingya enggan pulang ke Myanmar
Ribuan pelarian Rohingya yang berlindung di Bangladesh dan sudah dipilih untuk pulang, tetap enggan pulang ke Myanmar.
COX'S BAZAR: Ribuan pelarian Rohingya yang berlindung di Bangladesh dan sudah dipilih untuk pulang, tetap enggan pulang ke Myanmar.
Mengikut rancangannya, mereka akan mula dihantar pulang ke wilayah Rakhine pada Khamis (22 Ogos).
Myanmar sudah memilih 3,450 pelarian Rohingya daripada senarai lebih 22,000 orang yang diberikan oleh pihak Bangladesh untuk dihantar pulang.
Namun, mereka enggan pulang kecuali pemerintah Myanmar memberi mereka kerakyatan terlebih dahulu.
Masyarakat Islam Rohingya sudah berada di Rakhine selama puluhan tahun. Bagaimanapun, pemerintah Myanmar tetap menganggap mereka sebagai pendatang haram dari Bangladesh.
Sejak Ogos 2017, kira-kira 730,000 orang Rohingya di Rakhine melarikan diri ke sempadan Bangladesh bagi mengelakkan tindakan kekerasan tentera Myanmar.
Bagaimanapun, pemerintah Myanmar menyatakan operasi tenteranya disasarkan kepada kumpulan pemisah Rohingya yang melakukan beberapa serangan terhadap pasukan keselamatan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.