Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pelantikan Rafizi Ramli adalah prerogatif Presiden parti - Dr Wan Azizah

Pelantikan bekas Anggota Parlimen Pandan Rafizi Ramli sebagai Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) merupakan hak istimewa Presiden PKR Encik Anwar Ibrahim untuk memilih.

Anggaran Waktu Membaca:
Pelantikan Rafizi Ramli adalah prerogatif Presiden parti - Dr Wan Azizah

Dr Wan Azizah Wan Ismail. (Gambar: MOHD RASFAN / AFP)

Diterbitkan : 29 Dec 2018 11:34PM Dikemas Kini : 29 Dec 2018 11:41PM

KUALA LUMPUR: Pelantikan bekas Anggota Parlimen Pandan Rafizi Ramli sebagai Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) merupakan hak istimewa Presiden PKR Encik Anwar Ibrahim untuk memilih.

Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata Encik Rafizi juga menerima banyak undi di proses pemilihan PKR 2018 baru-baru ini.

“Itu adalah prerogatif presiden (parti) untuk memilih sesiapa dan Encik Rafizi juga dalam pertandingan (pemilihan PKR) mendapat undi yang banyak,” katanya ketika ditemui wartawan selepas Karnival Aspek Wanita Pandan dan Program Back To School di Dewan Jalan H. Kampung Pandan Dalam, hari ini (29 Dis).

Selain Encik Rafizi, Anggota Parlimen Tanjong Malim Encik Chang Lih Kang dan Anggota Parlimen Saratok Encik Ali Biju turut diumumkan sebagai Naib Presiden PKR.

Pengumuman itu dibuat semalam (28 Dis) oleh Encik Anwar dalam satu kenyataan selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR.

Ketiga-tiga lantikan baharu tersebut akan menyertai tiga lagi naib presiden parti yang dipilih pada Pemilihan PKR 2018 baru-baru ini, iaitu Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr A Xavier Jayakumar; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Cik Zuraida Kamaruddin, dan Encik Tian Chua.

Pada proses pemilihan PKR lepas, Encik Rafizi tewas kepada Encik Mohamed Azmin Ali bagi merebut jawatan Timbalan Presiden.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan