Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pelanggan khayal, lemah lepas makan; tukang masak diberkas

Lemah dan khayal, itu antara simptom yang dialami beberapa pelanggan sebuah kedai makan di sini selepas menikmati hidangan di premis tersebut, Ahad lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Pelanggan khayal, lemah lepas makan; tukang masak diberkas

Sepinggan kari kambing (Gambar hiasan: Wiki Commons)

Diterbitkan : 20 Feb 2019 11:04PM Dikemas Kini : 20 Feb 2019 11:07PM

TELUK INTAN: Lemah dan khayal, itu antara simptom yang dialami beberapa pelanggan sebuah kedai makan di sini selepas menikmati hidangan di premis tersebut, Ahad lalu.

Bertindak hasil aduan pelanggan, satu operasi bersepadu ke atas premis tersebut digerakkan dengan melibatkan Jabatan Kesihatan Negeri dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kira-kira pukul 11.20 pagi, semalam (19 Feb).

Timbalan Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Supt Yahaya Hassan berkata hasil serbuan membawa kepada penahanan seorang tukang masak dan dua pembantunya, termasuk seorang warga Bangladesh, berumur 30 hingga 70-an kerana positif dadah jenis opiat.

Polis turut merampas beberapa jenis lauk antaranya sambal kelapa, kuah kari kambing, kuah daging masak kicap, ayam goreng, sayur taugeh dan nasi putih untuk dihantar ke Jabatan Kimia.

“Turut dirampas satu bungkusan plastik lutsinar berisi biji kas-kas,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Supt Yahaya berkata kes disiasat mengikut Seksyen 14 dan Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Awal daripada itu, tular sejak semalam mesej mendakwa beberapa anggota polis 'sangkut' ujian saringan air kencing selepas makan di sebuah premis makanan di Teluk Intan dan tukang masak premis berkenaan sudah ditahan. 

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan