Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pelancong ketakutan balkoni 'retak seribu' depan mata

Setiap tahun, 1.5 juta pelancong sanggup naik pencakar langit setinggi 108 tingkat di Chicago untuk menikmati pemandangan luas bandar itu. Di tingkat 103 pula, ada satu balkoni kaca yang juga boleh dikunjungi para pengunjung.

Anggaran Waktu Membaca:
Pelancong ketakutan balkoni 'retak seribu' depan mata

(Gambar: Scott Olson/AFP, Jesus Pintado/Twitter)

Diterbitkan : 17 Jun 2019 03:20PM Dikemas Kini : 17 Jun 2019 03:39PM

CHICAGO: Setiap tahun, 1.5 juta pelancong sanggup naik pencakar langit setinggi 108 tingkat di Chicago untuk menikmati pemandangan luas bandar itu. Di tingkat 103 pula, ada satu balkoni kaca yang juga boleh dikunjungi para pengunjung.

Baru-baru ini, ketika tempat dipanggil Skydeck itu sedang sesak dengan ramai pelancong, lantai kacanya "retak seribu" sehingga para pelancong bergegas meninggalkan tempat tersebut untuk menyelamatkan diri.

Seorang saksi, Encik Jesus Pintado, yang merakam insiden mengerikan itu memberitahu stesen TV tempatan WBBM: "Ada seorang wanita dengan dua kanak-kanak yang kelihatan pucat lesi dan ketakutan kerana lantai itu tiba-tiba retak."

Encik Jesus ditemani Cik Karly Pintado yang juga memberitahu media: "Saya takut akan tempat tinggi jadi bila saya ternampak semua itu terjadi, saya tidak ingin terus berada di sana!"

Seorang jurucakap Willis Tower, Encik Bill Utter, memberitahu CNN bahawa yang retak bukanlah kaca bangunan tetapi satu salutan tambahan.

Beliau menambah, belebas bangunan berupaya menampung muatan seberat sehingga lima tan dan salutan itu melindungi kaca daripada garis.

Insiden serupa berlaku pada 2014 dan platform di tingkat 103 di bangunan itu sempat ditutup. Namun, ia dibuka semula selepas kerja-kerja baik pulih.

Selesai dibangunkan pada 1974, Menara Willis yang sebelum ini dikenali sebagai Menara Sears, merupakan pencakar langit tertinggi di dunia selama hampir 25 tahun.  

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan