Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pelancong gemuk diharamkan tunggang keldai

Jangan terkejut jika anda tidak dibenarkan menunggang keldai semasa mengunjungi Greece.

Anggaran Waktu Membaca:
Pelancong gemuk diharamkan tunggang keldai

Hanya individu dengan berat badan kurang daripada 100 kilogram boleh tunggang keldai di Santorini. (Gambar: Sakis Mitrolidis/AFP)

Diterbitkan : 22 Oct 2018 06:44PM Dikemas Kini : 22 Oct 2018 06:54PM

ATHENS: Jangan terkejut jika anda tidak dibenarkan menunggang keldai semasa mengunjungi Greece.

Negara itu mengharamkan para pelancong dengan "berat badan yang berlebihan" daripada menunggang keldai di pulau peranginan Santorini, selepas para aktivis mengadu haiwan-haiwan berkenaan mengalami kecederaan pada bahagian tulang belakang.

Para pelancong biasanya dikenakan bayaran untuk menunggang keldai bagi menaiki cerun dari pantai ke kawasan bandar pulau itu, menurut laporan agensi berita CNN.

Haiwan-haiwan tersebut bagaimanapun dipercayai mengalami kecederaan akibat membawa para pelancong dengan berat badan yang berlebihan, sekaligus mencetuskan kemarahan dalam kalangan kumpulan-kumpulan aktivis.

(Gambar: Thanassis Stavrakis/AP)

Hanya mereka dengan berat badan yang kurang daripada 100 kilogram - iaitu 20 peratus daripada berat badan seekor keldai – kini dibenarkan menunggang haiwan tersebut, lapor CNN.

Garis panduan baru itu diedarkan kepada daerah-daerah di pulau tersebut setelah Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Makanan Greece menerima "beberapa aduan dan risalah mengenai keadaan kehidupan dan kesejahteraan haiwan domestik" ketika musim panas yang sangat sibuk.

(Gambar: Help the Santorini Donkeys/Facebook)

Santorini mempunyai jalan-jalan yang sangat curam dan keldai kerap digunakan sebagai pengangkutan bagi perjalanan di laluan-laluan yang terlalu sempit untuk laluan kenderaan.

Pada bulan Julai, rakaman video yang menunjukkan para pelancong dengan berat badan berlebihan yang menunggang haiwan tersebut mencetuskan kemaharan dan reaksi sinis di media social. Satu petisyen yang menyeru agar haiwan itu tidak lagi digunakan sebagai pengangkutan juga menerima lebih 100,000 tanda tangan.

CNN difahamkan bahawa selain menetapkan had berat badan, garis panduan itu juga menyarankan agar haiwan tersebut diberikan air minum yang mencukupi.

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan