Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pelaksanaan solat sunat Aidilfitri ditetapkan semula di Selangor

Pelaksanaan solat sunat Aidilfitri di Selangor ditetapkan semula berikutan kenyataan rasmi Perdana Menteri Malaysia Muhyiddin Yassin mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara mulai Rabu (12 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Pelaksanaan solat sunat Aidilfitri ditetapkan semula di Selangor

(Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 11 May 2021 11:15PM Dikemas Kini : 11 May 2021 11:19PM

SHAH ALAM: Pelaksanaan solat sunat Aidilfitri di Selangor ditetapkan semula berikutan kenyataan rasmi Perdana Menteri Malaysia Muhyiddin Yassin mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara mulai Rabu (12 Mei).

Jawatankuasa Tetap Agama Islam Selangor dalam kenyataan pada Selasa (11 Mei) memaklumkan bahawa Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah; Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong; Masjid Pengurusan dan Masjid Institusi, dibenarkan dengan kehadiran 50 orang jemaah sahaja.

Bagi masjid kariah, surau kebenaran Jumaat dan surau kariah yang mempunyai kapasiti lebih 1,000 jemaah, juga 50 orang dibenarkan, manakala masjid kariah, surau kebenaran Jumaat dan surau kariah berkapasiti kurang 1,000 orang pula, hanya 20 jemaah dibenarkan.

Menurut jawatankuasa itu, ketetapan bilangan jemaah untuk solat sunat Aidilfitri yang diumum melalui satu surat pekeliling dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) semalam adalah dibatalkan.

“Berdasarkan penjadualan semula bilangan jemaah, maka pelaksanaan solat sunat Aidilfitri hendaklah turut dilakukan dengan menggunakan pendekatan pencegahan COVID-19 iaitu membuat penyusunan semula penjarakan fizikal 1.5 meter di antara jemaah dan menjarakkan selang satu baris jemaah dengan saf yang berikutnya,” menurut kenyataan itu.

Jawatankuasa tersebut menambah ketetapan lain yang ditentukan melalui surat pekeliling JAIS sebelum ini adalah kekal dikuatkuasakan dan hendaklah dipatuhi oleh semua pihak. 

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan