Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pelajar warga India pakai kotak kadbod di kepala semasa peperiksaan

Seorang pegawai warga India memohon maaf setelah gambar-gambar pelik yang tular, menunjukkan para pelajar memakai kotak kadbod di kepala mereka.

Anggaran Waktu Membaca:
Pelajar warga India pakai kotak kadbod di kepala semasa peperiksaan

Pelajar warga India pakai kotak kadbod di kepala.

Diterbitkan : 20 Oct 2019 07:51PM Dikemas Kini : 20 Oct 2019 07:54PM

INDIA: Seorang pegawai warga India memohon maaf setelah gambar-gambar pelik yang tular, menunjukkan para pelajar memakai kotak kadbod di kepala mereka.

Gambar itu dipetik semasa satu peperiksaan kimia di Kolej Pra-Universiti Bhagat di Haveri, Karnataka.

Gambar-gambar itu menunjukkan para pelajar memakai kotak kadbod yang dipotong di satu bahagian, untuk menghalang mereka daripada meniru jawapan pelajar lain.

Seorang pentadbir maktab rendah sudah meminta maaf kepada para pegawai daerah atas insiden itu.

MB Satish memberitahu BBC Hindi bahawa beliau meminta maaf kerana menggunakan kaedah anti-penipuan yang pelik itu.

Beliau berkata bahawa sekolah itu hanya melaksanakan langkah itu atas "dasar eksperimen" setelah mengetahui tentang perkara itu dari tempat lain.

Beliau juga menekankan bahawa ia dilaksanakan dengan kebenaran para pelajar - malah mereka yang membawa kotak masing-masing.

"Tiada sebarang pemaksaan. Anda boleh melihat daripada gambar bahawa ada para pelajar yang tidak memakainya," menurutnya. "Ada yang memakai kotak-kotak itu, menanggalkannya setelah 15 minit, ada 20 minit dan kami sendiri yang menyuruh mereka menanggalkannya setelah sejam."

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan