Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pelajar perempuan maut dibakar selepas disimbah petrol

Seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun, meninggal dunia di sebuah hospital akibat kelecuran teruk selepas dua lelaki membakarnya, menurut pihak berkuasa semalam (21 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Pelajar perempuan maut dibakar selepas disimbah petrol

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 22 Dec 2018 08:56AM Dikemas Kini : 22 Dec 2018 09:07AM

NEW DELHI: Seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun, meninggal dunia di sebuah hospital akibat kelecuran teruk selepas dua lelaki membakarnya, menurut pihak berkuasa semalam (21 Dis).

Kejadian itu berlaku di sebuah jalan raya yang penuh sesak pada awal minggu ini, dan serangan tersebut merupakan serangan terbaru yang dilancarkan terhadap kaum wanita di bandar Agra.

Polis menyatakan pihaknya belum mengenal pasti motif di sebalik serangan itu, di mana dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal menyimbah petrol pada pelajar perempuan berkenaan.

Mangsa meninggal dunia di sebuah hospital di Delhi pada Khamis (20 Dis). Polis menambah sepupu mangsa membunuh diri setelah melihat keadaannya.

Buat masa ini, tiada penangkapan dibuat. "Kami sudah menyoal siasat antara enam hingga tujuh orang berhubung kes ini. Siasatan masih dijalankan," kata Superintenden Polis Agra, Akhilesh Narain Singh.

Minggu lalu, empat lelaki menculik dan merogol seorang pelajar kolej secara beramai-ramai di tebing sungai Yamuna di bandar Agra, di wilayah Uttar Pradesh.

Data rasmi menunjukkan bahawa pada tahun 2016, terdapat sejumlah 4,954 jenayah terhadap wanita dan kanak-kanak, jumlah tertinggi di negara tersebut.

Sumber : Reuters/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan