Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pelajar M'sia cedera disimbah air panas oleh rakan sekolah tahfiz berusia 12 tahun

Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun yang juga pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat, di sini cedera selepas disimbah air panas.

Anggaran Waktu Membaca:
Pelajar M'sia cedera disimbah air panas oleh rakan sekolah tahfiz berusia 12 tahun

Gambar fail logo Polis Diraja Malaysia. (Gambar: AFP/Saeed Khan)

Diterbitkan : 19 Oct 2019 08:14AM Dikemas Kini : 19 Oct 2019 08:17AM

KUALA LUMPUR: Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun yang juga pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat, di sini cedera selepas disimbah air panas.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Rajab Ahad Ismail, berkata keluarga mangsa dimaklumkan mengenai kejadian itu pada Rabu (16 Okt) kira-kira pada jam 4.00 pagi, oleh pengurusan tahfiz berkenaan sebelum mangsa dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Kejadian dipercayai berpunca dari pertengkaran dan ejek-mengejek antara mangsa dan seorang pelajar berusia 12 tahun yang berlaku dua hari sebelum kejadian dan ia bukan kes buli.

“Bagaimanapun, pihak tahfiz mengambil tindakan berhubung pertengkaran itu dan turut memaklumkan kepada ibu bapa kedua-dua pelajar terbabit.

“Namun, pada hari kejadian semasa mangsa sedang tidur, pelajar berusia 12 tahun itu bertindak mencurah air panas ke arah mangsa dipercayai kerana masih tidak berpuas hati,” katanya.

Beliau berkata, mangsa masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HKL dan pihak hospital memaklumkan tubuh mangsa melecur 13 peratus.

“Bapa mangsa membuat laporan polis pada hari kejadian dan kita sudah menahan pelajar berusia 12 tahun itu untuk direkod keterangannya, dengan ditemani bapanya.

“Bagaimanapun kita sudah beri ikat jamin sementara menunggu keputusan pihak Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan seterusnya. Siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Kanun Keseksaan,” katanya.

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan