Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pelajar lelaki 13 tahun pancung kepala ibu, rakam pembunuhan kerana tidak dapat wang

Seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun diberkas kerana memancung kepala ibunya sendiri dan merakam perbuatannya yang zalim itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Pelajar lelaki 13 tahun pancung kepala ibu, rakam pembunuhan kerana tidak dapat wang

Penduduk tempatan melihat pelajar itu diberkas polis. (Gambar: Beijing News)

Diterbitkan : 18 Dec 2017 10:28PM Dikemas Kini : 19 Dec 2017 01:08AM

SICHUAN: Seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun diberkas kerana memancung kepala ibunya sendiri dan merakam perbuatannya yang zalim itu.

Laporan dari media China menyatakan bahawa pelajar itu berkongsi video pembunuhan itu dengan rakan-rakan sekolahnya melalui satu platform online Wechat.

Pelajar lelaki itu ditangkap beberapa hari kemudian selepas membunuh ibunya. Polis menerima aduan tentang kejadian itu daripada ibu bapa kepada salah seorang temannya.

Menurut agensi berita Radio Free Asia, pelajar itu membunuh ibunya selepas mereka bertengkar pada malam Minggu (3 Dis). Memetik sumber tempatan, pelajar itu berasa marah kerana ibunya "tidak memberinya wang".

Pelajar itu dikatakan sudah beberapa kali meminta wang sebanyak ¥400 (S$82) daripada ibunya.

Menurut beberapa laporan tempatan lagi, selepas dia memancung kepala ibunya, dia membuang kepala ibunya ke dalam lubang tandas dan tidur dengan mayatnya di rumah. Dia membuang kepala ibunya ke dalam longkang berdekatan dengan rumah mereka pada keesokan harinya.

Pelajar itu kemudian pergi ke sekolah, lapor agensi berita Beijing News, tetapi aksi pembunuhannya tidak diketahui sehingga Rabu (6 Dis) apabila temannya menunjukkan rakaman video berkenaan kepada ibu bapanya.

Agensi berita Radio Free Asia menyatakan bahawa ibu bapa kepada teman pelajar berkenaan merupakan teman kepada mangsa. Mereka segera membuat aduan polis. Pelajar berusia 13 tahun itu kemudian diberkas ketika berada dalam bilik darjah di Sekolah Menengah Wenxing.

Pelajar lelaki itu merupakan anak tunggal dalam keluarga tersebut. Polis masih menjalankan siasatan.

Pihak berkuasa tempatan sudah mengesahkan bahawa pembunahan sememangnya terjadi, namun ia enggan mengulas lebih lanjut.  

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan