Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pelajar keracunan makanan diberi cuti khas tiga hari

Pelajar Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor (SMAKJ), diberikan cuti khas selama tiga hari bermula hari ini sehingga Khamis, menyusuli kes keracunan makanan melibatkan seramai 120 pelajar sekolah itu, pagi Isnin (13 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Pelajar keracunan makanan diberi cuti khas tiga hari

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 14 Jan 2020 01:07PM Dikemas Kini : 14 Jan 2020 01:11PM

KLUANG: Pelajar Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor (SMAKJ), diberikan cuti khas selama tiga hari bermula hari ini sehingga Khamis, menyusuli kes keracunan makanan melibatkan seramai 120 pelajar sekolah itu, pagi Isnin (13 Jan).

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Johor Tosrin Jarvanti berkata cuti berkenaan hanya diberikan kepada pelajar sahaja manakala guru serta kakitangan sekolah itu diminta bertugas seperti biasa.

Katanya, pihak sekolah juga diminta untuk memantau perkara terbabit sehinggalah semua pelajar pulang ke rumah masing-masing dan kemudiannya pemakluman kepada ibu bapa untuk anak mereka mendapatkan rawatan susulan akan diberikan.

“Pihak jabatan kesihatan telah mengambil sampel makanan sarapan pagi di dewan makan sekolah untuk mengenal pasti punca sebenar kes keracunan seperti yang didakwa sehingga mengakibatkan lebih 100 pelajar mengalami sakit perut dan muntah-muntah.

“Dewan makan ini juga telah diarahkan tutup selama 14 hari untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jelas Encik Tosrin lagi, pihak sekolah juga diminta untuk mencari alternatif lain berkaitan penyediaan makanan kepada pelajar sekolah berkenaan, memandangkan dewan makan sekolah itu telah diarah tutup selama 14 hari.

“Kita juga telah menyerahkan kes ini kepada pihak berkaitan (jabatan kesihatan) untuk tindakan yang selanjutnya,” katanya.

Semalam, 120 orang pelajar SMAKJ dekat sini, mengalami keracunan makanan selepas dipercayai menikmati sarapan mi goreng di dewan asrama sekolah berkenaan pagi semalam.

Bagaimanapun, kesemua pelajar itu, bagaimanapun berada dalam keadaan stabil dan hanya dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), Kluang.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan