Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pelajar ini tertelan jarum peniti tudung semasa bercakap

Seorang pelajar tertelan sebatang jarum peniti yang diletakkan di mulutnya ketika memakai tudung di asrama sekolah.

Anggaran Waktu Membaca:
Pelajar ini tertelan jarum peniti tudung semasa bercakap

gambar hiasan jarum peniti. (Gambar: BERITAMediacorp)

Diterbitkan : 27 Feb 2018 09:15AM Dikemas Kini : 27 Feb 2018 09:23AM

MARANG, TERENGGANU: Seorang pelajar tertelan sebatang jarum peniti yang diletakkan di mulutnya ketika memakai tudung di asrama sekolah.

Norain Azira Azmi, 14 tahun, meletakkan dua jarum itu di mulut sambil bercakap pada pukul 2.00 petang, lapor Sinar Harian.

Mangsa dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah selepas kejadian itu dimaklumkan kepada guru asrama.

"Saya pula dimaklumkan oleh guru terbabit selepas Norain Azira dikejarkan ke hospital," kata ibunya Noraslinda Ibrahim, 36 tahun, seperti yang dipetik oleh Sinar Harian.

Wanita dua anak itu berkata kejadian berlaku pada hari jadi Norain Azira, yang kini dilapor stabil selepas pemeriksaan.

Berharap dibenarkan keluar hospital, Cik Noraslinda berkata jarum itu berada dalam usus anaknya dan ia bakal dibedah esok (28 Feb).

Bagaimanapun, akhbar itu tidak menyebut tarikh kejadian.

Sumber : Agensi berita/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan