Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pelajar Indonesia ditahan kerana ubah lagu kebangsaan Indonesia

Polis Indonesia menahan seorang pelajar warganegara itu, yang dipercayai terbabit dalam pembikinan video lagu Indonesia Raya, yang diubah suai liriknya dan menghina negara.

Anggaran Waktu Membaca:
Pelajar Indonesia ditahan kerana ubah lagu kebangsaan Indonesia

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 01 Jan 2021 10:22PM Dikemas Kini : 01 Jan 2021 10:23PM

JAKARTA: Polis Indonesia menahan seorang pelajar warganegara itu, yang dipercayai terbabit dalam pembikinan video lagu Indonesia Raya, yang diubah suai liriknya dan menghina negara.

Menurut Ketua Agensi Siasatan Jenayah Polis Indonesia Listyo Sigit Prabowo seperti dipetik media tempatan menyatakan, suspek ditahan pada pukul 8.00 malam Khamis (31 Dis) di sebuah rumah, di Cianjur, Jawa Barat.

Polis menahan suspek lelaki itu dan menyita satu telefon bimbit, satu kad SIM dan set komputer.

Setakat ini polis belum mendedahkan identiti lengkap suspek berkenaan.

Penangkapan itu adalah hasil kerjasama siasatan kes melibatkan Polis Indonesia dan Polis Diraja Malaysia.

Sebelum ini sebuah video dimuat naik oleh individu tidak bertanggungjawab di ruang komen di laman YouTube My Asean, yang memaparkan lagu kebangsaan Indonesia disunting liriknya yang menghina Indonesia.

Video YouTube berkenaan sudah dipadamkan, namun video itu dimuat naik ke pelbagai aplikasi lain dan ditularkan, sehingga menimbulkan pelbagai komen kebencian dan kemarahan.

Pada Khamis (31 Dis), Bernama melaporkan, Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador berkata, suspek video berkenaan dilakukan oleh warga republik negara berkenaan, dan bukan dilakukan di Malaysia.

Beliau berkata, maklumat itu diperoleh hasil soal siasat terhadap seorang buruh warga Indonesia berusia lingkungan 40-an tahun, yang ditahan di Sabah.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan