Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pelajar bergurau senda depan pintu cermin maut terkena serpihan kaca

Padah bergurau di hadapan pintu kaca, seorang pelajar lelaki maut selepas lehernya tertusuk serpihan kaca di sebuah sekolah swasta dekat Kota Damansara, Kuala Lumpur, pada Jumaat (11 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Pelajar bergurau senda depan pintu cermin maut terkena serpihan kaca

Gambar hiasan cermin kaca yang keretakan. (Gambar: Unsplash)

Diterbitkan : 12 Oct 2019 01:47PM Dikemas Kini : 12 Oct 2019 02:16PM

KUALA LUMPUR: Padah bergurau di hadapan pintu kaca, seorang pelajar lelaki maut selepas lehernya tertusuk serpihan kaca di sebuah sekolah swasta dekat Kota Damansara, Kuala Lumpur, pada Jumaat (11 Okt).

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din berkata dalam kejadian kira-kira 1.00 tengah hari itu, Lee Jin Hong, 15 tahun, bersama tiga rakannya yang berada di dalam kelas sedang bergurau dengan menutup pintu kaca kelas.

Menurut Encik Mohd Zaini, Lee yang sudahpun menuntut di sekolah berkenaan dikatakan menolak pintu kaca tersebut kemudian terhantuk padanya lalu menyebabkan pintu itu pecah dan lehernya terkena serpihan kaca.

“Pemeriksaan mendapati tiada unsur jenayah dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat.

"Keterangan daripada tiga rakan mangsa akan dirakam dalam masa terdekat untuk siasatan dan setakat ini, kes diklasifikasi sebagai mati mengejut,” ujar beliau.  

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan