Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pelajar, belia mulakan tunjuk perasaan kempen perubahan iklim

Secara keseluruhan, lebih 5,000 acara tunjuk perasaan dirancangkan. Kemuncak siri bantahan itu berlangsung di New York esok, di mana terletak ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 20 Sep 2019 07:30PM Dikemas Kini : 20 Sep 2019 09:10PM

SYDNEY: Ribuan pelajar di merata rantau Asia dan Pasifik memulakan satu siri tunjuk perasaan pada Jumaat (20 Sep) untuk mendesak para pemimpin dunia di Sidang Puncak Tindakan Iklim PBB mengambil tindakan segera bagi mengelakkan malapetaka alam.

Bermula di Australia pagi tadi, ia dipercayai tunjuk perasaan terbesar dalam sejarah mengenai iklim sejagat.

Di Australia sahaja lebih 300,000 orang menyertainya termasuk ibu bapa dan para penyokong yang lain.

Siri tunjuk perasaan seperti itu diadakan sebagai menyahut seruan seorang aktivis remaja alam sekitar dari Sweden, Greta Thunberg, 16 tahun.

Dalam kenyataannya semalam, Thunberg menegaskan bahawa golongan dewasa sudah mengabaikan langkah-langkah yang perlu dilaksanakan bagi menyelamatkan bumi ini.

Lantaran itu dia menyeru kanak-kanak supaya bertindak.

Tunjuk perasaan yang serupa dijadual berlangsung di sekitar 150 negara pada Jumaat.

Secara keseluruhan, lebih 5,000 acara tunjuk perasaan dirancangkan. Kemuncak siri bantahan itu berlangsung di New York esok, di mana terletak ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Sekitar 1.1 juta pelajar dari 1,800 sekolah awam diberi kebenaran untuk tidak menghadiri sekolah bagi menghadiri acara ini.

Esok juga berlangsung Sidang Puncak Iklim Belia di PBB.

Sumber : Agensi berita/MU/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan